Australia tiada kelebihan psikologi

Australia tiada kelebihan psikologi

PEMAIN England menjalani latihan akhir di Stadium Central Coast, Gosford semalam dalam persiapan menghadapi Australia pada separuh akhir Piala Dunia Wanita hari ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Keira Walsh menegaskan, Australia tidak memiliki kelebihan psikologi dalam pertembungan separuh akhir Piala Dunia Wanita hari ini, biarpun mereka satu-satunya pasukan yang pernah menewaskan England di bawah bimbingan Sarina Wiegman.

Bintang tengah England itu berkata, Australia hanyalah satu lagi ‘halangan yang perlu dilepasi’ skuad Lionesses, yang kini memburu sejarah merangkul kejuaraan dunia pertama, setahun selepas bergelar juara Eropah.

Australia yang menghuni ranking ke-10 dunia satu-satunya pasukan yang pernah me­ngalahkan England dalam 37 perlawanan di bimbingan Wiegman iaitu menang 2-0 di Brentford pada April lalu.

Mereka juga akan beraksi di depan sokongan padu hampir 83,000 penonton yang dijangka memenuhi Stadium Australia, namun Walsh tidak melihat semua itu memberi kelebihan kepada skuad Matilda.

“Jika saya berada di tempat mereka, saya tidak melihat perkara itu (kelebihan psikologi).

“Mereka boleh mengambil sedikit keyakinan daripada perlawanan tersebut tetapi kami tidak berada pada tahap terbaik ketika itu. Saya percaya mereka juga sedar tentang situasi itu.

“Kami telah banyak berubah sejak itu dari segi bentuk dan pemain. Saya fikir momentum anda alam Piala Dunia berbeza, dan mereka pasti tidak akan terlalu fokus kepada pertemuan lalu,” kata bintang Barcelona itu.

England pasukan No. 4 dunia yang mengalahkan Jerman 2-1 ketika merangkul kejuaraan Eropah pada 1 Ogos 2022 dipaksa berhempas pulas untuk menyingkirkan Colombia 2-1 di suku akhir, Sabtu lalu.

PERTAHANAN Australia, Clare Hunt memanaskan badan dalam sesi latihan di Stadium Jubilee, Sydney semalam. – AFP

Sementara itu, pengendali Australia, Tony Gustavsson mahu pemainnya mencipta legasi selepas melakar sejarah mara ke separuh akhir Piala Dunia buat kali pertama.

Australia mara ke separuh akhir selepas menumpaskan Pe­rancis dalam perlawanan suku akhir yang penuh dramatik dan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti 7-6.

“Saya benar-benar percaya pasukan ini boleh mencipta sejarah dalam banyak cara, bukan hanya memenangi perlawanan bola sepak.

“Mereka boleh memberi inspirasi kepada negara, menyatukan negara dan meninggalkan legasi yang lebih besar daripada 90 minit bola sepak,” katanya yang pernah menjadi penolong jurulatih Amerika Syarikat (AS), Jill Ellis ketika negara itu muncul juara Piala Dunia 2015 dan 2019. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya