Aira, Joachim mudah ke suku akhir Remaja Asia

Aira, Joachim mudah ke suku akhir Remaja Asia

AIRA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Juara remaja Asia lima kali, Aira Azman memenuhi jangkaan awal apabila mudah menempah slot suku akhir setelah membenam wakil Sri Lanka, Chanithma Sinely pada Kejohanan Skuasy Individu Remaja Asia di Dalian, China, hari ini.

Beraksi dalam kategori perempuan bawah 19 tahun, Aira yang memegang status selaku juara bertahan dan pilihan pertama melakar kemenangan straight set 11-8, 11-3, 11-0 ke atas Sinely pada pertandingan yang berlangsung di Dewan Gimnasium Xiqang.

Pada suku akhir, lawan yang menanti Aira ialah rakan senagara, Goh Zhi Xuan yang juga tidak berdepan sebarang masalah menundukkan pemain Hong Kong, Lam Po Ying 11-3, 11-6, 11-6.

Turut mengiringi dua wakil Malaysia itu ke peringkat lapan terbaik ialah Joachim Chuah yang diletakkan sebagai pilihan pertama kategori lelaki bawah 19 tahun.

Joachim tidak diberi tentangan apabila dia mudah menumbangkan pemain Qatar, Salem Al-Malki 11-2, 11-3, 11-2.

Jurulatih skuasy remaja negara, Shahril Shahidan berkata, Aira dan Joachim bermain dengan cukup baik apabila mereka tidak berdepan sebarang masalah mengetepikan lawan masing-masing.

“Syukur kedua-dua pemain (Aira dan Joachim) bermain dgn baik.

“Joachim mudah menewaskan lawannya kerana pihak lawan tidak mampu untuk mengikut rentak kelajuan dipamerkan wakil negara itu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Mengulas mengenai Aira pula, Shahril memberitahu, pada awal aksi, persembahan pemain berusia 19 tahun itu agak goyah apabila kerap melakukan kesilapan sendiri.

“Tetapi seperti biasa, Aira mampu bangkit dengan melakukan pukulan-pukulan lebih berkualiti selepas itu untuk mencapai kemenangan,” ujarnya.

Sementara itu, bagi aksi lelaki bawah 17 tahun, Low Wa Sern yang turun sebagai pilihan kedua berjaya mengekalkan momentum untuk mengatasi Abdullah Nadeem dari Pakistan 11-3, 11-6, 11-4.

Untuk saingan perempuan di bawah kategori sama, tiga wakil negara dibarisi Doyce Lee, Whitney Isabelle dan Anrie Goh mudah meneruskan kemaraan ke suku akhir.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi V. Haneesha yang diberikan tentangan sengit oleh pemain Hong Kong, Vicky Lai sebelum tewas dalam permainan yang berlanjutan ke set penentuan 11-8, 5-11, 11-9, 7-11, 5-11. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya