Adden terselamat jadi mangsa kejutan, Yi Wen turut mara

Adden terselamat jadi mangsa kejutan, Yi Wen turut mara

MUHAMMAD Addeen Idrakie Bahtiar teruskan kemaraan ke pusingan kedua pada Kejohanan Skuasy Kebangsaan WCE SRAM ke-38 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini. - FB SRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pilihan pertama, Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar dipaksa bekerja keras sebelum mara ke pusingan kedua Kejohanan Skuasy Kebangsaan WCE SRAM ke-38 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, dekat sini, hari ini.

Memburu gelaran kebangsaan pertama, Addeen hampir dikejutkan Low Wa Sern sebelum dia bangkit untuk meraih kemenangan 8-11, 11-3, 11-2, 11-5 dalam masa 38 minit untuk saingan Divisyen Premier.

Addeen ketika ditemu bual selepas perlawanan berkata, mungkin terlalu mengambil mudah pertemuan menentang Wa Sern, dia dikejutkan pada set pertama.

“Ini satu pengajaran berguna buat saya, sepatutnya saya perlu lebih bersedia terutama ketika set pertama.

“Saya perlu bangkit dan hilangkan rasa gugup, saya perlu fokus untuk perlawanan esok,” katanya yang beraksi dalam kejohanan kebangsaan sejak 2012.

Menurut Addeen, sebagai pilihan pertama, dia tidak menafikan tekanan membayangi penampilannya kali ini dan berharap dalam aksi seterusnya, dia tidak lagi mempersiakan peluang serta mengawal dengan lebih baik permainannya.

Nasib sama turut menimpa seorang lagi pemain pilihan, Mohammad Syafiq Kamal yang berhempas pulas sebelum mara ke pusingan kedua selepas dipaksa bekerja keras sebelum menang ke atas Harith Danial 10-12, 11-3, 11-5, 11-8 dalam masa 44 minit.

Bagaimanapun, pilihan kedua, Ivan Yuen tidak berdepan masalah untuk mengetepikan Tho Yan Wei menerusi kemenangan straight set 11-4, 11-1, 11-0 hanya dalam masa 18 minit.

Ivan ketika ditemui memberitahu, dia tidak pernah meletakkan kejohanan kebangsaan sebagai pertandingan pemanas badan kerana baginya setiap kejuaraan disertai sama penting.

“Jadi, saya perlu bermula dengan baik, dan hari ini, saya beraksi dengan baik dan harap semuanya akan dapat diteruskan untuk perlawanan esok,” kata Ivan yang pernah menjulang empat gelaran kebangsaan.

Sementara itu, dalam aksi Divisyen Premier Wanita, Chan Yi Wen yang berhajat untuk menjadikan kejohanan kebangsaan sebagai medan kebangkitan selepas menyepi seketika mudah menewaskan K. Vitrikashenie Kulasegaran 11-5, 11-5, 11-0.

Kemenangan tersebut bakal menemukannya dengan pemain muda sedang meningkat naik Yee Xin Ying pada pusingan kedua, esok.

“Saya berehat selama tiga bulan, jadi, inilah peluang terbaik untuk saya bangkit dan meraih kembali tempat dalam skuad kebangsaan.

“Saya pernah melangkah sehingga ke separuh akhir untuk dua edisi sebelum ini, jadi, saya berharap kali ini saya masih mampu untuk mara lebih jauh,” jelas Yi Wen.

Dalam pada itu, pemain muda, K. Sehveetrraa yang tampil cemerlang bersama skuad negara pada Kejohanan Remaja Dunia di Melbourne, Australia, minggu lalu, mengekalkan momentum apabila menumpaskan Goh Zhi Xuan 11-6, 11-7, 11-7 untuk menempah pertemuan dengan pilihan kedua, Aira Azman, esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya