Aaron-Wooi Yik hidupkan perjuangan Malaysia di Kejohanan Dunia

Aaron-Wooi Yik hidupkan api perjuangan Malaysia di Kejohanan Dunia

AARON CHIA-SOH WOOI YIK (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya menempah slot ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2023 yang berlangsung di Copenhagen, Denmark selepas menyingkirkan pasangan China, Liu Yiu Chen-Ou Xian Yi.

Aaron dan Wooi Yik ternyata dalam kelas tersendiri apabila mendominasi pada set pertama, namun Yu Chen dan Xuan Yi membalas di set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Di set ketiga, biarpun ketinggalan di awal permainan, Aaron dan Wooi Yik bangkit untuk memastikan kemenangan mutlak menjadi milik mereka dengan keputusan 21-10, 15-21, 21-14 dalam tempoh 50 minit.

Ini juga merupakan kemenangan pertama mereka ke atas pasangan China itu daripada empat pertemuan sejak mula berentap pada 2022.

“Saya rasa yang paling penting persiapan kami di dalam gelanggang kerana jika kami masih lagi risau sama ada kami mampu memenangi perlawanan, ataupun tewas dan sebagainya, ia hanya akan memberi kesan kepada permainan kami. Jadi kami rasa kami memberi bersiap dari segi mental untuk perlawanan ini,” jelas Aaron.

Aaron dan Wooi Yik kini terpaksa menanti perlawanan di antara pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae menentang Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan bagi mengetahui lawan mereka di separuh akhir esok.

“Saya rasa ini adalah perlawanan yang bagus, dan kami mahu mengekalkannya kerana kami telah bekerja keras.

“Bukan sahaja hari ini, tetapi sepanjang kejohanan ini, sejak daripada pusingan pertama, kami telah cuba untuk bangkit dan banyak berkomunikasi di dalam gelanggang,” kata Wooi Yik.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya