Aaron-Wooi Yik calon utama Atlet Terbaik 2022

Aaron-Wooi Yik calon utama Atlet Terbaik 2022

Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Norismadi Manap (tengah) ketika sidang media Anugerah SAM – 100PLUS 2022. di Kuala Lumpur hari ini. (FOTO: Ihsan SAM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Pemenang pingat emas acara badminton bergu lelaki di Kejuaraan Dunia 2022, Aaron Chia – Soh Wooi Yik antara calon berstatus juara dunia dalam senarai lima terbaik bagi merebut Anugerah Atlet Terbaik di Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) – 100PLUS 2022.

Kejayaan Aaron – Wooi Yik yang kini menghuni ranking ke empat dunia ketika ini dalam senarai Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menundukkan gandingan Indonesia, Mohamad Ahsan – Hendra Setiawan dalam saingan edisi ke 27 yang berlangsung di Tokyo, Jepun meletakkan nama mereka sebagai salah satu calon untuk merebut Anugerah Atlet Terbaik di majlis itu nanti.

Turut sama dicalonkan adalah juara Kejohanan Snuker Amatur Dunia 2022 di Antalya, Turkiye, Lim Kok Leong, jaguh bina badan dunia, Datuk Syahrul Mahen Abdullah, jaguh angkat berat negara, Aniq Kasdan serta pemenang dua pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022, Ng Joe Ee dari sukan gimnastik.

Sementara itu, lima calon terbaik bagi kategori Anugerah Atlet Para Terbaik 2022 telah dikenal pasti di Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) – 100PLUS 2022 nanti.

Pemenang Anugerah Atlet Para Terbaik 2019 Bonnie Bunyau Anak Gustin antara atlet para negara yang disenarai tersenarai bagi tahun 2022 untuk persaingan bagi merebut anugerah kali ini.

Selain mengiktiraf atlet yang cemerlang serta mengharumkan nama Malaysia sepanjang tahun 2022, turut dirai di majlis Anugerah SAM-100PLUS adalah wartawan sukan yang berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM 50, 000.

Anugerah di bahagi kepada enam kategori;– Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik), Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka) dan Fotografi Sukan Terbaik.

Pemenang terbaik keseluruhan untuk kategori kewartawanan sukan akan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Siebel dengan hadiah wang tunai RM RM 7,000 beserta trofi.

Majlis Anugerah Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM) – 100PLUS 2022 dijangka dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan (KBS) Hannah Yeoh.

Jelas Presiden SAM, Norismadi Abdul Manap, barisan kepimpinan sentiasa mencari pendekatan yang berbeza untuk memeriahkan majlis selain mengiktiraf pengamal media sukan di Malaysia.

“Untuk edisi kali ini, kami memperkenalkan Anugerah Pengulas Popular dimana enam calon telah dikenalpasti hasil perbincangan bersama dengan pihak pihak berkaitan dan pemenang akan ditentukan menerusi undian orang ramai.

“Proses undian akan dilakukan menerusi laman sosial bermula hari ini dan kami mengharapkan bukan sahaja ahli SAM, tetapi komuniti sukan negara bersama sama untuk memilih siapakah pengulas yang layak untuk memenangi anugerah ini,” kata Norismadi Abd Manap

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya