126 atlet UPM meriahkan Sukanun 2023

126 atlet UPM meriahkan Sukanun 2023

ATLET UPM yang menyertai Sukan Badan Berkanun Malaysia (SUKANUN) 2023 di UiTM Perlis bermula 3 hingga 9 September 2023 ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 126 atlet Universiti Putra Malaysia (UPM) akan memberikan cabaran sengit kepada peserta yang menyertai acara dalam Sukan Badan Berkanun Malaysia (Sukanun) 2023 di UiTM Perlis bermula 3 hingga 9 September 2023 ini.

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Roslan Sulaiman berkata, beliau yakin bahawa atlet yang terdiri daripada kakitangan UPM akan membawa cabaran ini dan bersedia menggalas amanah yang disandarkan oleh seluruh warga UPM.

Dr. Mohd. Roslan berkata, UPM akan menyertai 10 acara yang dipertandingkan dan akan menampilkan aksi terbaik untuk mempertahankan pingat emas bagi acara petanque wanita.

“10 acara ini melibatkan bola sepak 9s, futsal wanita, bola tampar wanita, sepak takraw regu, tenpin boling wanita, petanque lelaki, petanque wanita, hoki dewan, ping pong berpasukan dan basikal criterium.

“Saya meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat UPM melakar kejutan dan meraih kegemilangan dalam kejohanan ini,” katanya pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sukanun 2023 UPM di Dewan Taklimat Serdang, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menitik beratkan persediaan mental dan fizikal yang jitu dalam kalangan atlet UPM bagi memastikan institusi ini menjadi sebagai salah satu pasukan yang digeruni dalam setiap sukan.

“Peluang yang terbuka di hadapan ini perlu dimanfaatkan untuk membuktikan bahawa atlet yang terdiri dalam kalangan staf UPM juga boleh mewarnai landskap sukan negara,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya