Zola terkejut Chelsea jual Kovacic, Mount

Zola terkejut Chelsea jual Kovacic, Mount

MELEPASKAN Mason Mount kepada Manchester United satu kesilapan besar yang dilakukan Chelsea.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyerang legenda Chelsea, Gianfranco Zola terkejut dengan tindakan bekas pa­sukannya menjual sebahagian besar pemain tanpa membawa masuk sebarang pengganti.

Skuad yang dimiliki hartawan Amerika Syarikat (AS), Todd Boehly itu telah menjual 10 orang pemain setakat ini, sekali gus mengecilkan skuad Blues.

Antaranya Mason Mount, Mateo Kovacic, N’Golo Kante dan Ruben Loftus-Cheek, manakala Connor Gallagher dalam pertimbangan setelah menerima tawaran 40 juta pound (RM235.29 juta) daripada West Ham.

Mount dan Kovacic me­nyertai seteru Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan Manchester City dengan nilai 55 juta pound (RM323 juta) serta 25 juta pound (RM147 juta).

MATEO Kovacic dijual kepada Manchester City.

“Saya amat terkejut melihat ramai pemain meninggalkan pasukan, dan lebih terkejut mengetahui Mount dan Kovacic juga pergi.

“Mereka amat penting, mempunyai kualiti dan menjadi nilai tambah buat pasukan khusus­nya Mount, pemain tengah yang mampu menjaringkan gol.

“Kelibat mereka akan dirindui. Saya tidak menyebut nama Kante kerana dia me­ngalami kecederaan sepanjang musim lalu tetapi Mount dan Kovacic memainkan peranan utama.

“Ia amat menarik untuk melihat bagaimana (Mauricio) Pochettino (pengurus Chelsea) mencatur strategi mengisi kekosongan mereka, saya teruja menantikannya,” kata Zola.

Chelsea kini giat mencari pemain baharu, dan menyasarkan bintang tengah Brighton, ­Moises Caicedo.

Bagaimanapun tawaran pertama bernilai 70 juta pound (RM411 juta) telah ditolak oleh Brighton yang tidak akan menjual bintang mereka itu dengan nilai kurang daripada 100 juta pound (RM588 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya