Zii Jia ketuai cabaran Malaysia dalam Sukan Asia

Zii Jia ketuai cabaran Malaysia dalam Sukan Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Biarpun berdepan prestasi tidak menentu, Lee Zii Jia tetap mendapat kepercayaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mengetuai cabaran negara dalam Sukan Asia, Hangzhou, China September ini.

Zii Jia akan menggalas tugas perseorangan lelaki bersama Ng Tze Yong, selain menjadi sandaran Malaysia dalam acara berpasukan.

Dalam saingan wanita, juara kebangsaan, K. Letshanaa akan mengetuai cabaran perseorangan bersama pemain profesional, Goh Jin Wei.

Barisan skuad negara ke Sukan Asia yang akan berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober itu diumumkan Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selepas Mesyuarat Majlis BAM di sini, hari ini.

Juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula akan mengetuai cabaran beregu lelaki bersama Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, manakala saingan beregu wanita digalas Pearly Tan-M.Thinaah serta Go Pei Kee-Valeree Siow.

AARON Chia-Soh Wooi Yik mengetuai cabaran Malaysia dalam beregu lelaki.

Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei akan membawa cabaran Malaysia dalam beregu campuran.

Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky berkata, acara berpasukan lelaki mempunyai peluang meraih pingat emas.

Beliau mengatakan perkara itu berdasarkan pemerhatiannya yang mana semua negara kini memiliki kekuatan seimbang.

“Semua pasukan ada peluang termasuk kita. Kalau semuanya berjalan baik kita ada peluang raih emas.

“Prestasi Aaron-Wooi Yik dan Yew Sin-Ee Yi dan stabil. Zii Jia pula sekarang ini sudah dibimbing oleh Wong Tat Meng. Harap prestasi lebih baik untuk kita lebih kuat di Sukan Asia nanti.

“Tze Yong pula, bukan masalah teknik atau skil tetapi lebih kepada kekuatan. Kalau dilihat pemain ternama, mereka mempunyai badan yang kuat, dia kurang dari sudut itu saja,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya