Verstappen menang lagi, cerah pertahan kejuaraan F1 dunia

Verstappen menang lagi, cerah pertahan kejuaraan F1 dunia

MAX Verstappen muncul juara Grand Prix Austria.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SPIELBERG, Austria: Max Verstappen mengukuhkan kedudukan untuk memburu kejuaraan Formula Satu (F1) dunia buat kali ketiga berturut-turut selepas menjuarai Grand Prix Austria, awal pagi tadi.

Pemandu Ferrari, Charles Leclerc memecah penguasaan Red Bull apabila menamatkan saingan di tangga kedua meletakkan rakan sepasukan Verstappen,
Sergio Perez di tempat ketiga.

Ini kemenangan ketujuh Verstappen daripada sembilan perlumbaan musim ini dan kelima berturut-turut. Perez memenangi baki dua lagi perlumbaan.

“Kereta Red Bull memang laju,” kata Verstappen sejurus selepas mencatat kemenangan ke-42 dalam kariernya.

Biarpun peluangnya untuk mempertahankan kejuaraan dunia nampak cerah, Verstappen berkata, dia lebih memilih dan fokus kepada satu perlumbaan dalam satu masa.

“Setakat ini, saya belum terfikir mengenainya (juara dunia kali ketiga).

“Saya menikmati pemanduan kereta ini dan berlumba untuk pasukan. Pecutan pada hujung minggu memang stres, jadi saya gembira semuanya berjalan mengikut perancangan,” kata pemandu Belanda berusia 25 tahun itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya