Upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Sungai Seine

Upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Sungai Seine

LAKARAN upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan diadakan di sepanjang Sungai Seine.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Buat pertama kali dalam sejarah Sukan ­Olimpik, upacara pembukaan yang berlangsung di Paris pada 26 Julai 2024 tidak akan diadakan di dalam stadium.

Sebaliknya penganjur Olimpik Paris 2024 membuat kelainan dengan perarakan atlet akan menyusuri Sungai Seine, sungai yang mengalir melalui bandar Paris, yang turut dikenali sebagai ‘Bandar Cahaya’.

Setiap bot delegasi negara bertanding akan dibekalkan dengan ka­mera bagi membolehkan penonton melihat atlet kesayangan masing-ma­sing sepanjang upacara pembukaan.

Perarakan berlangsung sejauh enam kilo­meter dan melalui tempat bersejarah di Paris seperti Notre Dame, Lovre dan Pont des Arts sebelum berakhir di Trocadero.

Tiada caj tiket dikenakan untuk upacara pembukaan , sebaliknya ia dibuka kepada orang awam.

Lebih menarik, 80 skrin gergasi ditempatkan di serata bandar Paris bagi membolehkan orang ramai menikmati keme­riahan temasya.

USAIN Bolt memberi pose istimewa ketika upacara penyerahan obor Sukan Olimpik Paris 2024 di Paris, Selasa minggu lalu. – AFP

Pemenang lapan pingat emas Sukan Olimpik, Usain Bolt kagum dengan idea tersebut selepas dia dibawa menyusuri Sungai Seine bersama delegasi Perancis dalam majlis persembahan obor Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 pada 25 Julai lalu.

“Saya rasa ia akan menjadi upacara pembukaan yang terbaik. Bayangkan semua orang di luar sana, di atas jambatan bersorak riang ke atas atlet-atlet. Ia sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini,” jelas Bolt. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya