United kena kecam ucap tahniah De Gea berkahwin

United kena kecam ucap tahniah De Gea berkahwin

DAVID de Gea menamatkan zaman bujangnya dengan penyanyi terkenal Sepanyol, Edurne Garcia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: David de Gea menamatkan zaman bujangnya dengan penyanyi terkenal Sepanyol, Edurne Garcia se­malam dan kelab yang menjadikannya penganggur, Manchester United antara paling awal mengucapkan tahniah.

Begitupun peminat menyelar United kerana layanan buruk mereka terhadap penjaga gol itu dan menganggap kelab tidak peka dengan sensitiviti di media sosial.

Kontrak De Gea di Old ­Trafford tamat Jumaat lalu, namun dia diminta agar tidak menyertai kelab lain walaupun kontraknya sudah berakhir.

Pemain berusia 32 tahun itu dilaporkan berada dalam radar kelab Arab Saudi, Al-Nassr yang dibintangi bekas rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo.

De Gea bagaimanapun melupakan seketika masalah bola sepak dengan mengahwini Garcia, 37, dan berkongsi gambar perkahwinan di Instagram.

Begitupun ketika United meninggalkan ucapan tahniah, mereka dihujani respons tidak menyenangkan daripada peminat.

“Anda menjadikan dia ejen bebas selepas perkhidmatan cemerlang dan setia, berani anda memberi komen,” kata seorang peminat.

“Biar betul? Anda biarkan lelaki ini hilang kerja pada hari perkahwinannya?” tulis seorang lagi.

“Sebagai peminat sejak berusia 12 tahun, kelab ini memang tidak sensitif dan melayan legenda dengan buruk. Jangan main-main dengan duit dan masa depannya, kemudian mengucapkan tahniah di hari perkahwinannya, ia hipokrit,” kata peminat yang lain.

De Gea memecah rekod kelab de­ngan 545 penampilan, mengatasi legenda Alex Stepney yang memenangi Kejuaraan Eropah 1968.

Dia juga membarisi skuad kendalian Alex Ferguson yang memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris terakhir pada 2013. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya