Tinggalkan Sabah, Baddrol ada 'perjuangan' baharu di Kedah?

Tinggalkan Sabah, Baddrol ada ‘perjuangan’ baharu di Kedah?

BADDROL BAKHTIAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas 41 penampilan sejak menyertai Sabah FC tahun lalu, Baddrol Bakhtiar membuat keputusan mengejut meninggalkan skuad Sang Badak serta-merta.

Perkara tersebut diumumkan Sabah FC semalam selepas mencapai persetujuan bersama ­dengan bintang tengah berusia 35 tahun itu.

Biarpun tidak dinyatakan mengapa keputusan Baddrol diambil secara tiba-tiba, namun desas-desus mengatakan bekas pemain kebangsaan itu akan kembali ke negeri kelahirannya, Kedah untuk terlibat dalam ‘pertempuran’ berbeza.

“Kelab Bola Sepak Sabah mengumumkan Baddrol Bakhtiar akan meninggalkan ­peranannya sebagai ketua ­pasukan dan tidak lagi bersama Sabah sepanjang baki saingan Liga Malaysia musim ini.

“Keputusan diambil melalui persetujuan bersama Baddrol Bakhtiar, atas sebab yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata Sabah kenyataan tersebut.

Terdapat laporan mengatakan Baddrol pulang ke ­Kedah bukan me­nyertai Kedah Darul Aman (KDA) FC, sebaliknya terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Dengan keseluruhan 41 penampilan dan 13 gol, tempatnya dalam sejarah kelab akan sentiasa terjamin, nama Baddrol Bakhtiar juga akan terpahat sebagai legenda di Arena sola sepak Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya