Tidak pernah gentar di gelanggang, ular mampu gerunkan Aliff

Tidak pernah gentar di gelanggang, ular mampu gerunkan Aliff

AHMAD Nor Iman Aliff Rakib
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

NAMA Nor Iman Aliff Rakib tiba-tiba ‘meletup’ minggu lalu gara-gara kejayaan sensasinya mencatat kemenangan knockout (KO) dalam ONE Championship Thailand yang membolehkannya meraih bonus 350,000 baht (RM46,500).
Bintang muaythai berusia 19 tahun itu menumbangkan peserta tuan rumah, Ratchadej Sor Petjumrat yang juga petinju pilihan kategori Catchweight (53 kilogram) dengan kurang seminit beraksi di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok.
Lebih membanggakan, itu kemenangan kedua Aliff dalam ONE Championship Thailand dan kali kedua juga dia meraih bonus RM46,500 kerana turut mencatat KO untuk pada pertarungan April lalu.
Selepas mencatat dua kemenangan, tumpuan Aliff ketika ini lebih terarah untuk menjadi atlet negara pertama meraih Kontrak ONE Championship Thailand yang bernilai AS$100,000 (RM467,000), sekaligus mengembangkan lagi kariernya dalam sukan itu.
Biarpun nampak garang di gelanggang, Aliff sebenarnya mempunyai sikap peribadi yang cukup baik dan tidak sombong.
Bersama wartawan HAKIMI ISMAIL, ruangan Tanya Je… mengupas sisi peribadi pemenang pingat emas Sukan SEA 2023 di Kemboja itu.

 

1. Idola dalam muaythai?
Rakib Ahmad (Bapa yang juga jaguh tinju era 90-an).
2. Lokasi percutian paling diimpikan? 
Saya ingin melancong ke Jepun.
3. Kemenangan bersejarah?
Emas Sukan SEA. Kejua­raan Dunia IFMA 2021, Kejuaraan Dunia IMFA 2022, ONE Championship Thailand.
4. Siapa pilihan Buakaw Banchamek atau Rodtang Jitmuangnon?
Rodtang Jitmuangnon, ­biarpun kecil dia berani.
NOR Iman Aliff Rakib bersama ibu dan bapanya.
5. Pengalaman paling manis dalam kerjaya?
Ibu dan papa ada dengan saya semasa bertarung dan mereka berikan semangat hingga saya menang.
6. Apa yang dilakukan sebelum masuk gelanggang? 
Baca doa agar sentiasa di­lindungi.
7. Bintang filem yang digemari?
Sylvester Stallone.
Sylvester Stallone
8. Umur akan bersara?
Akan bertarung selagi kudrat masih ada.
9. Masakan paling digemari?
Semestinya tom yam.
10. Kenapa pilih Thailand untuk berlatih?
Sebab jurulatih di Thailand berkaliber dan baik.
11. Apa yang akan dilakukan selepas bersara? 
Jalankan perniagaan dan buka pusat kecergasan
12. Binatang paling ditakuti?
Saya paling takut dengan ular.
13. Pasukan bola sepak yang diminati?
Manchester United.
14. Kereta idaman?
Mercedes A45.
15. Jika dapat kontrak One Championship, apa yang ada lakukan dengan AS$100,000?
Saya akan menyimpan untuk kegunaan masa depan.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya