Tak mampu dikalahkan di Malaysia, JDT perlu cabar diri di Asia

Tidak mampu dikalahkan di Malaysia, JDT perlu cabar diri di Asia

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim meraikan kejayaan JDT mempertahankan kejuaraan Piala FA selepas mengalahkan KL City, Sabtu lalu. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan demi kejayaan dalam Liga Malaysia (Liga M) membuktikan Johor Darul Ta’zim (JDT) tiada tandi­ngan di peringkat domestik.

Merangkul semua trofi musim lalu, dan berada di landasan mengulangi pencapaian itu musim ini memperlihatkan jurang besar pasukan-pasukan lain dalam Liga M dengan JDT.

Juara Piala AFC 2015 itu kini perlu meletakkan sasaran baharu dan membuktikan mereka bukan ‘jaguh kampung’ atau sekadar juara dalam negara.

Skuad Harimau Selatan akan kembali bersaing di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL), September depan dengan harapan melangkah lebih jauh meskipun telah mencapai matlamat musim lepas dengan melepasi peringkat kumpulan sebelum dibelasah Urawa Red Diamonds 5-0 di pusingan kedua.

Pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli berharap skuad kendalian Esteban Solari dapat melangkah sejauh mungkin dalam aksi ACL musim ini.

Beliau percaya kelab milik Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu mempunyai misi lebih besar dalam ACL kali ini.

PEKAN RAMLI

“Saya melihat untuk saingan dalam Malaysia pada tahun ini tidak kira piala apa pun, JDT tiada tandingan. JDT ada banyak kelebihan antaranya adalah aspek pemain import, natura­lisasi dan pemain kacukan yang terbaik dalam skuad itu.

“Kekuatan pemain import dan naturalisasi mereka memang sukar ditandingi mana-mana pasukan lain. Kalau kelab lain ada pemain import dan naturalisasi pun, tidak sehebat yang dimiliki JDT.

“Kita juga boleh nampak mereka (JDT) berjaya mencipta kemenangan dengan jaringan besar dan mengekalkan rekod kemenangan hingga hari ini.

“Saya rasa JDT perlu atau sepatutnya pergi lebih jauh dari apa sebelum ini di pentas ACL dengan berdasarkan kekuatan dimiliki mereka ketika ini.

“Kejayaan dan kekuatan JDT ini kita harap mereka boleh tunjukan bahawa mereka bukan tahap jaguh kampung atau jaguh liga tempatan sahaja.

“Kita harap JDT dapat membanggakan peminat bola sepak Malaysia di peringkat Asia,” katanya.

JDT mempamer prestasi cemerlang dalam sejarah apabila memenangi semua perlawanan dalam domestik musim ini dan selesa mendahului Liga Super dengan 11 mata.

Kejayaan memenangi Piala FA selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City 2-0, Sabtu lalu juga dianggap isyarat Harimau Selatan sekali lagi bakal menyapu bersih trofi domestik seperti yang dilakukan musim lalu.

Lebih membanggakan, mereka kini di tangga ke-447 dunia dan ke-31 Asia berdasarkan data dari laman analisis bola sepak, Opta Analyst yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia.

JDT turut mengumpul 72.7 mata dan mendaki 126 anak tangga dari kedudukan ke-573 pada Februari 2023 selain bergelar kelab kedua terbaik di Asia Tenggara selepas wakil Thailand, Buriram United.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN