The City Boys pesta gol 5-1 ke atas Kelantan

The City Boys pesta gol 5-1 ke atas Kelantan

Penyerang KL City FC, Romel Morales meraikan jaringan ketika membenam Kelantan 5-1 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Kuala Lumpur, Cheras hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur City FC menang bergaya untuk kali ketujuh dalam saingan Liga Super 2023, selepas membenam Kelantan FC 5-1, malah aksi memukau Romel Morales melakar hatrik menjadikan perlawanan tersebut disambut dengan kegembiraan memuaskan.

Aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu bagaimanapun berbeza di awal babak pertama apabila The Red Warrior dilihat lebih banyak menguasai permainan.

Meskipun hadir dengan status pelawat, Kelantan FC membariskan majoriti pemain berusia bawah 23 tahun yang berjaya menampilkan cabaran kepada The City Boys apabila mereka lebih banyak menguasai bola dan mengatur serangan.

Lebih menarik, mereka bahkan diberi sepakan percuma di luar kotak penalti oleh Alfredo Vera yang kemudian disempurnakan oleh Leonardo Rolon di hadapan gawang tuan rumah, menjadikan Kelantan FC membuka jaringan seawal minit ketiga.

Perlawanan terus dikuasai mereka sehingga minit ke-20, sehinggalah KL City kemudiannya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-26 menerusi rembatan lencong Zhafri Yahya yang yang menyebabkan penjaga gol lawan, Johan Shahzidane gagal menghalang terjahan bola memasuki kotak jaringan.

Bersambung ke babak kedua, KL City terus melancar serangan bertubi-tubi bermula dengan sepakan Morales pada minit ke-47, sehingga menyebabkan penjaga gol Kelantan itu terpaksa dikeluarkan ekoran mengalami kecederaan.

Penyerang asal Colombia itu kemudian menambah jaringan pada minit ke-65, sekali gus menjadikan KL City mendahului perlawanan dengan posisi 3-1.

20 minit selepas itu, rakan sepasukannya, J. Partiban pula mengubah kedudukan menjadi 4-1, sebelum Morales melengkapkan hatrik pada masa kecederaan (90+1) dan pasukan tuan rumah berpesta jaringan.

Kemenangan itu memberi kedudukan selesa kepada KL City selepas terikat seri 2-2 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, 17 Mac lalu di Kota Bharu, Kelantan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya