Tat Meng balik Malaysia, Choong Hann latih pemain Hong Kong

Tat Meng balik Malaysia, Choong Hann latih pemain Hong Kong

WONG CHOONG HANN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sama ada ia kebetulan mahupun dirancang, bekas pengendali negara, Wong Choong Hann kini sah berkelana ke Hong Kong hanya selepas dua bulan negara tersebut ketiadaan jurulatih perseorangan lelaki.

Ini selepas pengendali asal, Wong Tat Meng membuat keputusan mengejutkan untuk melatih bekas jaguh Asia, Lee Zii Jia bagi menghidupkan misi pingat emas di Sukan Olimpik paris 2024.

Chong Hann, 46 tahun telah mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (BAM) secara tiba-tiba pada 15 Jun lalu.

Dia dijangka akan memulakan tugas rasminya bersama Persatuan Badminton Hong Kong sebagai jurulatih perseorangan lelaki bermula minggu hadapan.

“Benar, sebagai jurulatih perseorangan lelaki, untuk tempoh dua tahun,” balas Choong Hann ringkas apabila dihubungi Utusan Malaysia  hari ini.

WONG TAT MENG

Pelantikan ini bermakna Choong Hann akan meneruskan semula kerja-kerja ditinggalkan Tat Meng untuk melatih barisan pemain Hong Kong seperti perseorangan utama mereka, Angus Ng Ka Long dan Lee Cheuk Yiu.

Sementara itu, Tat Meng dijangka diperkenalkan secara rasmi oleh pihak pengurusan Lee Zii Jia, Team LZJ hari ini akan mempunyai tempoh yang singkat untuk mempersiapkan pemain itu untuk menghadapi Terbuka Korea yang dijadualkan berlangsung 18 hingga 23 Julai depan.

Ironinya, Zii Jia akan menentang Ka Long di pusingan pertama kejohanan tersebut, dan ia bakal menjadi pertembungan yang dinanti-nantikan oleh semua pihak.

“Hanya kurang dua minggu untuk melakukan persiapan menghadapi siri kejohanan seterusnya. Jadi, amat penting untuk pasukan memberikan fokus kepada latihan.

“Terima kasih atas keprihatinan dan pemahaman yang baik daripada semua,” kata kakak Zii Jia yang juga pengurusnya, Lee Zii Yii dalam satu kenyataan ringkas kepada media semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya