Syria, China jadi lawan Harimau Malaya

Syria, China jadi lawan Harimau Malaya

SKUAD Harimau Malaya akan mengharungi dua aksi persahabatan Tier 1 pada September ini .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon akan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Syria pada 6 September dan China pada 9 September depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, kedua-dua perlawanan persabahatan itu akan berlangsung di Chengdu, China.

“Berdasarkan Ranking FIFA terbaharu yang dikemas kini pada 20 Julai lalu, Malaysia berada di kedudukan ke-136 dunia, sementara Syria di kedudukan ke-94 dunia dan China di kedudukan ke-80 dunia.

“Pengesahan bagi kedua-dua perlawanan ini dibuat menerusi penelitian dan perbincangan bersama di antara pihak pengurusan bersama Pan Gon sendiri selepas majlis undian Pusingan 2, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Khamis lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dua aksi antarabangsa itu dianggap penting sebagai persediaan sebelum beraksi di Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 November ini, serta Piala Asia di Qatar Januari tahun depan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya