Syafiq-Aifa, Addeen-Ainaa berentap sesama sendiri di final esok

Syafiq-Aifa, Addeen-Ainaa berentap sesama sendiri di final esok

ADDEEN dan Ainaa mempamerprestasi konsisten sepanjang Kejohanan Skuasy Beregu Campuran Jemputan SRAM di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/AIZAWATI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua beregu campuran negara, Mohammad Syafiq Kamal-Aifa Azman dan Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar-Noor Ainaa Amani Ampandi akan berdepan sesama sendiri pada final Kejohanan Skuasy Beregu Campuran Jemputan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) di sini esok.

Aifa-Syafiq yang perlu berdepan beregu lelaki, Duncan Lee-Muhammad Hafiz Zhafri Abdul Harif dipaksa bekerja keras sebelum beroleh kemenangan 11-8, 9-11, 11-8 pada separuh akhir yang berlanjutan hampir sejam di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil hari ini.

Aifa ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berkata, bukan mudah untuk bermain dengan beregu lelaki yang jauh lebih agresif berbanding wanita.

“Saya akui perlawanan tadi (semalam) berlangsung sengit dan sukar sebenarnya hendak membalas pukulan mereka.

“Sudah tentu tenaga pemain lelaki berbeza dengan wanita, tetapi bagi saya ini satu persiapan yang baik untuk saya dan Syafiq menjelang Sukan Asia,” katanya.

Syafiq turut sependapat dengan Aifa yang menyifatkan menentang beregu lelaki amat mencabar dan memuji Hafiz serta Duncan yang mampu menjadi rakan sepelatih yang bagus.

Jelasnya, perlawanan akhir, esok, akan kembali normal apabila berdepan Addeen dan Ainaa.

Sementara itu, dalam satu lagi separuh akhir, gandingan Addeen-Ainaa juga dipaksa berhempas pulas sebelum menang ke atas pasangan Hong Kong, Tong Tze Wing-Tang Ming Hong 11-8, 10-11, 11-9 yang turut memakan masa hampir sejam.

Mengulas mengenai aksi final bertemu Syafiq-Aifa, Addeen memberitahu, dia menjangkakan perlawanan itu nanti akan berlangsung sengit.

“Syafiq dan Aifa merupakan gandingan yang bagus, jadi, esok kami akan tengok macam mana untuk susun strategi bagi memberikan tentangan terbaik buat mereka,” ujarnya yang turut memuji pasangannya, Ainaa yang mempamerkan prestasi memberangsangkan.

Ainaa pula berkata, dalam separuh akhir hari ini, Tze Wing-Ming Hong berjaya menghadirkan tekanan tinggi kepada dia dan Addeen.

“Perlawanan sangat sengit, mereka tidak beri laluan mudah dan kami dipaksa bekerja keras sepanjang permainan,” jelas Ainaa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya