Sungai Melaka fasa dua jadi lokasi aktiviti air

Sungai Melaka fasa dua jadi lokasi aktiviti air

PERLUMBAAN Perahu Naga 2023 di RIC, Pengkalan Rama, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri akan menjadikan Sungai Melaka fasa dua sebagai lokasi khusus melibatkan aktiviti sukan air seperti berkayak dan perahu naga.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) telah diminta menyediakan jadual supaya aktiviti berkaitan dapat dijalankan khususnya oleh ahli-ahli Persatuan Perahu Naga Melaka.

Beliau berkata, sukan air di laluan sepanjang 4.9 kilometer itu dilihat berpotensi menarik kemasukan lebih ramai pelancong khususnya untuk Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

“PPSPM diminta menyediakan jadual agar aktiviti riadah dan latihan dapat dijalankan khususnya oleh ahli Persatuan Perahu Naga.

“Satu tarikan baharu juga akan diwujudkan bagi memberikan ruang kepada peminat-peminat sukan kayak menjadikan sungai ini sebagai tempat latihan dan riadah. Selain itu, kerajaan negeri berhasrat untuk mempromosikan beberapa lagi sukan air yang lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perlumbaan Perahu Naga 2023 di River Information Centre (RIC), Pengkalan Rama di sini, hari ini.

Perlumbaan Perahu Naga 2023 diadakan sempena Pesta Duanwu iaitu salah satu perayaan tradisional utama kaum Cina dan merupakan acara sukan air utama sejak 2,000 tahun lalu.

Ia melibatkan 30 penyertaan dari Terengganu, Johor, Putrajaya, Sarawak dan lain-lain dengan dua kategori dipertandingkan iaitu kategori terbuka dan kategori tertutup.

Dalam pada itu, dalam ucapan perasmiannya, Ab. Rauf berkata, kerajaan negeri merancang untuk melaksanakan 64 acara pelancongan sepanjang tahun ini, di mana 13 daripadanya adalah acara utama bagi merancakkan aktiviti pelancongan Melaka.

Jelasnya, antaranya adalah Melaka International Muaythai pada 29 hingga 30 Julai 2023 di Banda Hilir; Karnival Beca Melaka 2023 pada 1 hingga 2 September 2023 di Jalan Kota, Banda Hilir serta Pertandingan Memancing dan Memasak Ikan Air Tawar 2023 pada 3 September 2023.

“Keempat adalah Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2023 pada 29 September sehingga 3 Oktober 2023 di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM). Dalam usaha mempromosikan sektor pelancongan Melaka, kerajaan negeri menganjurkan TMM 2024 dengan sasaran 15 hingga 18 juta pelancong,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya