Sukan Asia: Hanya pingat emas jadi buruan skuad hoki

Sukan Asia: Hanya pingat emas jadi buruan skuad hoki

TIMBALAN Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli (tujuh dari kanan) menyampaikan Anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan 2022 kepada skuad hoki negara dalam Majlis Anugerah Sukan Negara 2022 di Subang semalam. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Hanya pingat emas menjadi buruan dan matlamat utama skuad hoki kebangsaan ialah untuk muncul juara pada Sukan Asia di Hangzhou, September ini, kata kapten, Muhammad Marhan Jalil.

Pemain tengah itu berkata, tiada cara lain untuk dia dan rakan sepasukannya melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Paris tahun depan, melainkan menggondol pingat emas pada temasya empat tahun sekali itu.

“Kelayakan itu untuk emas sahaja, jadi, kami perlu beri yang terbaik untuk muncul juara, kami perlu bekerja keras dan kami letakkan sasaran utama untuk juara sahaja, kami tak pergi untuk pingat perak atau gangsa,” katanya ketika ditemui pemberita pada Anugerah Sukan Negara (ASN) 2022 di sini, kelmarin.

Skuad hoki negara dinobatkan sebagai penerima anugerah Berpasukan Lelaki Terbaik setelah mereka muncul naib juara pada Kejohanan Asia di Jakarta, Indonesia dan menamatkan kemarau 39 tahun apabila memenangi Piala Sultan Azlan Shah, tahun lalu.

Menurut Marhan, cabaran yang bakal diterima skuad kebangsaan bukanlah mudah, lebih-lebih lagi India yang kini berada pada prestasi terbaik mereka.

Jelasnya, sasaran skuad hoki tidak terhenti pada Sukan Asia, tetapi, mereka juga mahu menang pada Trofi Kejuaraan Asia yang akan diadakan di Chennai, India pada 3-12 Ogos depan.

“Bagi saya kami pergi untuk menang, sebab sekarang setiap perlawanan kami beraksi akan memberikan mata untuk ranking, jadi, kami tak boleh buang mata macam itu sahaja, kami akan main berhabis-habisan,” ujarnya.

Ketika ditanya pula manfaat yang skuad hoki dapat selepas mengadakan aksi persahabatan di Korea Selatan, Marhan memberitahu, menerusi perlawanan yang diadakan di sana, mereka telah mengenal pasti kelemahan apabila terlalu mudah memberikan sudut penalti kepada lawan.

“Ia antara kelemahan yang perlu segera kita perbaiki, jadi, sewaktu menyerang dan bertahan, kami perlu fokus serta cepat bertindak apabila hilang bola,” tambahnya yang turut mengakui banyak peningkatan positif diperoleh skuad kebangsaan ketika berada di Korea Selatan.

Mengulas pula tentang kejayaan skuad hoki diumumkan sebagai pasukan terbaik pada ASN 2022, Marhan berkata, anugerah itu menjadi penanda aras kepada sukan hoki di negara ini yang kini mula dipandang tinggi dan serius oleh segelintir pihak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya