Skuad para renang raih hampir setengah juta hadiah Shakam

Skuad para renang raih hampir setengah juta hadiah Shakam

AHMAD Zahid Hamidi bersama Hannah Yeoh menyampaikan replika cek kepada atlet para renang di Majlis Penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan di Bangi malam ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Kejayaan membawa pulang 26 pingat emas, 12 perak dan 10 gangsa dalam Sukan Para ASEAN di Kemboja, Mei lalu membolehkan skuad para renang muncul penerima insentif tertinggi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam).

Kejayaan itu membolehkan mereka meraih ganjaran keseluruhan hampir RM500,000 dalam majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malam ini.

Bagi Sukan SEA Kemboja, skuad olahraga menerima insentif Shakam tertinggi dengan nilai keseluruhan RM141,000 hasil kejayaan merangkul lima emas, tiga perak dan 11 gangsa.

Skuad pencak silat negara yang memenangi empat emas, lima perak dan empat gangsa menerima RM115,000 insentif keseluruhan.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, secara keseluruhan ganjaran yang diberikan kepada atlet yang memenangi pingat pada kedua-dua temasya itu adalah berjumlah RM2.4 juta.

“Ganjaran ini diharap dapat mendorong atlet negara meraih pencapaian cemerlang pada masa akan datang.

“Para renang dapat hampir setengah juta ringgit, bermaksud itu boleh jadi matlamat untuk mereka dan inspirasi kepada mereka untuk bekerja lebih kuat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Shakam 2023 di sini, sebentar tadi.

Majlis turut meraikan kejayaan atlet negara yang beraksi di Sukan Olimpik Khas 2023 di Berlin, Jerman.

Kontinjen Malaysia yang membawa pulang empat emas, lima perak dan sembilan gangsa menerima insentif khas berjumlah RM95,500 keseluruhan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya