LONDON: Shakira tiba di London semalam menjelang Grand Prix (GP) Britain hari ini ketika khabar angin bertiup kencang mengenai hubungannya dengan pemandu Formula Satu (F1) Mercedes, Lewis Hamilton.
Penyanyi Colombia itu bergegas meninggalkan Minggu Fesyen Paris kelmarin, bagi menonton perlumbaan F1 di Silverstone, sekali gus menguatkan spekulasi keberadaannya adalah untuk memberi sokongan kepada ‘kekasihnya’.
Bintang berusia 46 tahun itu juga sempat membuat catatan di Instagram mengenai kehadirannya di London.
Pasangan ‘A-list’ itu pernah dilihat menaiki bot persiaran bersama selepas Shakira berpisah dengan suaminya yang juga bekas bintang bola sepak Sepanyol, Gerard Pique.
Penyanyi Hips Don’t Lie itu dilihat berseri-seri di GP Sepanyol bulan lalu, ketika dia bersorak untuk Hamilton.
Pasangan itu kemudian dilihat menaiki bot selepas GP Miami, di mana Hamilton menjemput Shakira dari belakang rumah agam pantai bernilai 12 juta pound (RM71 juta) lewat bulan lalu.
Mereka juga bahkan kelihatan mesra pada majlis makan malam semasa Hamilton meraih tempat kedua dalam perlumbaan di Barcelona.
Bagaimanapun, terdapat juga sumber lain yang mengatakan bahawa bintang F1 Britain dengan penyanyi tersebut hanyalah kawan baik dan tiada hubungan romantik. – AGENSI