‘Serangan’ paku ancam Tour de France

‘Serangan’ paku ancam Tour de France

PESERTA Tour de France diancam dengan taburan paku pada peringkat kedua semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN SEBASTIAN: Pelumba pasukan Intermarche-Circus-Wanty, Lilian Calmejane menyelar ‘orang bodoh’ yang menabur paku di jalan hingga menyebabkan dia berdepan masalah besar pada peringkat kedua Tour de France (TdF) semalam.

Calmejane menyiarkan video di media sosial yang menunjukkan lima paku menusuk ke tayar depan basikalnya, dan beberapa pelumba lain turut berdepan nasib serupa pada perlumbaan yang berlangsung di wilayah Basque, utara Sepanyol.

Jurulatih Jumbo-Visma, Grischa Niermann memberitahu portal sukan ­Eurosport, beberapa paku ditemui di laluan perlumbaan berhampiran pendakian Alto de Jaizkibel, kira-kira 36 kilometer (km) dari penamat di San Sebastian.

Jonas Vingegaard (Jumbo-Visma) antara pelumba yang terjejas, dan jaguh Denmark itu terpaksa menggunakan basikal ganti di kaki pendakian terakhir.

Pelumba pasukan Ineos Grenadiers, Tom Pidcock pula menduduki tempat keempat walaupun berkayuh perlahan ke garisan penamat kerana tusukan paku.

“Terima kasih kepada manusia ‘bodoh’ seperti ini.

“Ketahuilah pelumba boleh terjatuh dan mengalami kece­deraan buruk gara-gara anda, si bodoh’,” kata Calmejane sambil menunjukkan lima paku yang tertusuk di tayar basikalnya.

Pasukan Jayco-AlUla antara yang menjadi mangsa paku, namun mereka bernasib baik pelumba utama, Simon Yates berjaya mengelak insiden tersebut.

VICTOR Lafay meraikan kejayaan muncul juara peringkat kedua Tour de France. – AFP

Perlumbaan sejauh 209km dari Vitoria-Gasteiz ke San ­Sebastian itu dimenangi pelumba Perancis, Victor Lafay yang menghadiahkan kemenangan pertama buat pasukannya, Cofidis selepas 15 tahun.

Kemenangan sulung buat Cofidis sejak 2008 itu memboleh­kan Lafay ke mendaki ke tempat keempat dalam kedudukan ke­seluruhan.

Juara peringkat pertama, Adam Yates mengekalkan jersi kuning pendahulu keseluruhan manakala pelumba Belgium, Wout Van Aert berada di tempat kedua pada hari kedua di hadapan Tadej Pogacar selepas kedua-dua saling bersaing di garisan penamat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya