LONDON: Jaguh tenis No. 1 dunia, Carlos Alcaraz mempamer kebangkitan hebat untuk melangkah ke suku akhir Wimbledon awal pagi tadi.
Bintang muda Sepanyol itu berusia 20 tahun itu menumbangkan ‘kuda hitam’ kejohanan dari Itali, Matteo Berrettini 3-6, 6-3, 6-3, 6-3.
Alcaraz kini bakal berdepan pertarungan dengan pemain sebaya, Holger Rune dari Denmark dalam pemburuan tiket ke separuh akhir.
Berrettini bukan pilihan selepas setahun dilanda kecederaan tetapi merupakan ancaman kuat di gelanggang rumput setelah mara ke final dua tahun lalu apabila dia tewas kepada Novak Djokovic.
“Saya dahagakan kemenangan.
“Ia sesuatu yang saya mahukan. Saya datang tahun ini dengan matlamat itu (muncul juara). Selepas melangkah ke suku akhir, saya mahukan lebih banyak lagi.
“Saya mahu bermain perlawanan akhir di sini dan mungkin memenanginya,” kata Alcaraz.
Sebarang keraguan bahawa Alcaraz akan bergelut untuk menyesuaikan diri dengan gelanggang rumput kini telah dibuang untuk selama-lamanya.
Menentang Berrettini yang berusia 27 tahun, dia menunjukkan permainan meyakinkan sepanjang kejohanan dan kekal di landasan untuk berdepan, Novak Djokovic yang dianggap pilihan untuk mempertahankan kejuaraan. – AGENSI