Selangor menang tapi tidak meyakinkan - Cheng Hoe

Selangor menang tapi tidak meyakinkan – Cheng Hoe

PEMAIN Selangor, Yohandry Orozco (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Kuching City dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi. - IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe tidak berpuas hati dengan aksi pemainnya biarpun berjaya menumpaskan Kuching City 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi

Cheng Hoe lega Red Giants tetap berjaya mengutip tiga mata penuh biarpun Kuching City beberapa kali berpeluang untuk menyamakan kedudukan dan mencuri satu mata dalam perlawanan itu.

“Kemenangan ini dapat beri kita satu keyakinan kerana memang sebelum perlawanan ramai penyokong yang mahu kita catatkan kemenangan.

“Selepas kita mendahului dua gol, kita agak selesa dan tidak dapat kawal perlawanan tetapi apa yang penting kita dapat tiga mata untuk kita kekalkan kedudukan yang baik dalam liga,” katanya.

Menurut Cheng Hoe, cabaran di pusingan kedua Liga Super adalah lebih mencabar memandangkan kebanyakan pasukan akan memperkuatkan skuad ketika jendela pendaftaran kedua pemain ini.

Mengulas sama ada Selangor akan menurunkan pemain import baharu, Richmond Boakye dalam aksi menentang Sri Pahang pada Ahad ini, Cheng Hoe berkata, perkara itu masih belum diputuskan.

“Kita akan lihat situasi beliau sama ada sudah bersedia atau tidak untuk perlawanan akan datang kerana bukan mudah untuk mana-mana pemain terus bermain selepas beberapa sesi latihan bersama pasukan.

“Lagipun kita tandatangan beliau untuk jangka masa panjang tetapi jika beliau dapat diturunkan menentang Sri Pahang ia perkara yang baik untuk kami,” katanya.

Dalam pada itu katanya Cheng Hoe, Selangor tidak boleh lagi keciciran mata selepas ini jika mahu terus berada di kelompok teratas Liga Super.

Kemenangan ke-11 daripada 15 perlawanan itu menyaksikan Selangor kini mengumpul 34 mata untuk terus kekal di kedudukan kedua Liga Super.

Sementara itu, Kuching City pula terus berada dalam kelompok bawahan apabila hanya mengumpul enam mata dan menghuni tangga ke-12. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya