Sabalenka menangis ketika ‘diharamkan’ sertai Wimbledon

Sabalenka menangis ketika ‘diharamkan’ sertai Wimbledon

ARYNA Sabalenka dalam sidang akhbar Wimbledon semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain No. 2 dunia, Aryna Sabalenka mengakui, dia tidak sanggup menonton kejohanan tenis Wimbledon 2022 selepas penganjur me­ngenakan larangan terhadap pemain Russia dan Belarus.

Tahun lalu, penganjur mengenakan larangan tersebut sebagai protes terhadap pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Keputusan kontroversi itu telah mencetus konflik sehinggakan tiada mata ranking ditawarkan untuk Wimbledon.

Bagaimanapun pada edisi tahun ini, mata ranking dikembalikan selepas pemain Russia dan Belarus dibenarkan beraksi.

SABALENKA (kiri) dan Paula Badosa (kanan) bergurau sebelum memulakan latihan semalam.

“Saya berada di rumah bercuti dan melakukan latihan tetapi tidak menonton satu pun perlawanan Wimbledon.

“Saya rasa amat teruk hingga tak sanggup menontonnya. Setiap kali ada perlawanan disiarkan di ­televisyen, saya akan mena­ngis,,” kata bintang Belarus itu.

Kali ini, Sabalenka, 25, antara pilihan utama untuk merangkul kejuaraan tenis tertua dunia itu dan akan memulakan kempen dengan menentang pemain No. 82 dunia, Panna Udvardy dari Hungary hari ini.

Sementara itu, dalam per­kembangan lain, bintang Australia, Nick Kyrgios menarik diri daripada Wimbledon akibat kecederaan perge­langan tangan, 12 bulan selepas muncul naib juara di belakang Novak Djokovic. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya