RIYADH: Cristiano Ronaldo berisiko melanggar kontrak dengan Nike selepas dia dilihat memakai pelindung tulang keting Adidas.
Penampilan pemain berusia 38 tahun itu dilihat dalam aksi pramusim Al-Nassr, semasa tewas 0-5 kepada pasukan La Liga Celta Vigo, Isnin lalu.
Ronaldo bermain dalam 45 minit pertama dan dia kemudian menonton aksi babak kedua dari kerusi pemain simpanan.
Bagaimanapun, bintang Portugal itu menimbulkan kontroversi apabila pakar kit bola sepak Footy Headlines dilihat memakai pelindung tulang keting kaki Adidas X Pro.
Ronaldo masih dalam kontrak dengan pesaing jenama itu, Nike.
Dia telah menandatangani kontrak dengan Nike sejak awal kerjayanya lagi pada 2003 dengan nilai perjanjian 147 juta pound (RM862 juta) menjadikan mereka sudah bersama lebih 10 tahun. – AGENSI