Ribuan penyokong mula banjiri Stadium Sultan Ibrahim

Ribuan penyokong mula banjiri Stadium Sultan Ibrahim

GELAGAT penyokong yang menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara JDT dan KL City di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Bahang kemeriahan perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kuala Lumpur City (KL City) semakin terasa setelah ribuan penonton mula membanjiri perkarangan Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini hari ini.

Sejak pukul 3.30 petang tadi, perkarangan stadium mula sesak dengan kehadiran penonton yang hadir dari seluruh pelusuk daerah di ini.

Turut tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan perlawanan akhir yang diadakan di luar kawasan Lembah Klang itu ialah seorang wanita berbadan dua, Nurul Syafiqah M Sukir.

Operator Kilang berusia 27 tahun itu hadir ke stadium bersama suami Mohd. Syafiq Mohd. Yasin, 24, serta ahli keluarga dari Batu Pahat itu tiba seawal pukul 2 petang tadi.

Walaupun hamil enam bulan itu sanggup bersesak dengan kehadiran penonton yang ramai bagi menyaksikan skuad Harimau Selatan beraksi buat pertama kali di stadium keramat itu.

NURUL Syafiqah bersama suami Mohd. Syafiq tidak melepas peluang menyaksikan JDT beraksi buat pertama kali.

“Ini adalah pertama kali saya datang ke stadium ini bagi menyaksikan perlawanan penting buat JDT. Walaupun dengan keadaan hamil enam bulan, ia tidak menjadi penghalang untuk menyaksikan perlawanan akhir ini setelah ia dijalankan di SSI.

“Saya risau juga bersesak-sesak untuk masuk ke stadium, namun dengan kehadiran suami dan keluarga harapnya tidak ada apa-apa tidak diingini akan berlaku,” katanya yang akan menyambut cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Dalam pada itu, seorang lagi penyokong, Rosli Musa, 43, merasa bertuah apabila SSI dipilih sebagai tuan rumah aksi final Piala FA kerana dapat menyaksikan pasukan kegemarannya beraksi di pentas akhir dan kemungkinan bakal menjulang Piala FA 2023.

Dia yang juga petugas Pos Malaysia yang merupakan penaja kejuaraan itu berpeluang untuk melawat bilik persalinan pemain serta kawasan dalam stadium.

ROSLI Musa bersama anaknya, Nur Rifqa Zareera.

“Final biasanya diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, jadi berdepan sedikit kesukaran untuk ke sana kerana perlu memohon cuti dan menempuh perjalanan yang jauh.

“Jadi, bila bermain di sini, ini adalah peluang keemasan untuk saya hadir ke stadium menyaksikan perlawanan akhir ini,” katanya yang berharap JDT akan mempertahankan kejuaraan Piala FA.

PENYOKONG JDT membanjiri Stadium Sultan Ibrahim. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Dalam pada itu, Mohd. Faizal Said, 49, lega apabila Stadium Sultan Ibrahim menjadi venue perlawanan akhir kerana tidak perlu memandu jauh bagi memberi sokongan kepada pasukan Harimau Selatan itu.

Katanya yang berasal dari Segamat itu, ini adalah perlawanan akhir yang keenam membabitkan pasukan JDT yang disaksikan.

“Sebelum ini, saya telah menyaksikan dua perlawanan akhir Piala FA dan empat perlawanan akhir Piala Malaysia. Saya harap JDT yang beraksi di laman sendiri memberi tuah buat pasukan itu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya