Pukulan ‘kejam’ Alcaraz hantui Medvedev

Pukulan ‘kejam’ Alcaraz hantui Medvedev

CARLOS Alcaraz membalas pukulan Holger Rune pada suku akhir Wimbledon di London semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Daniil Medvedev mengakui, amat berwaspada dengan ‘pukulan kejam’ Carlos Alcaraz yang mampu membunuh harapannya untuk mengalahkan pemain No. 1 dunia itu pada dalam separuh akhir tenis Wimbledon hari ini.

Semalam, jaguh No. 3 ­dunia dari Russia itu dipaksa berhempas pulas menyingkirkan pemain bukan pilihan dari Amerika Syarikat (AS), Christopher Eubanks 6-4, 1-6, 4-6, 7-6 (7/4), 6-1.

Kemenangan tersebut akan menemukannya dengan Alcaraz yang memerlukan dua jam, 20 minit untuk menumpaskan ­rakan baiknya, Holger Rune dari Denmark 7-6 (7-3), 6-4, 6-4 dalam satu lagi saingan suku akhir.

“Jika anda memberinya satu pukulan mudah, anda akan berdepan masalah besar.

“Berdepan pemain seperti Novak (Djokovic) atau Rafa (Nadal), kadangkala anda mempunyai peluang menewaskan mereka dengan pukulan yang bagus tetapi menentang Carlos, kadangkala satu pukulan kejam boleh membunuh anda.

“Satu pun sudah cukup untuk anda kalah,” kata Medvedev, 27, juara Terbuka AS 2021.

REAKSI Daniil Medvedev ketika menentang Christopher Eubanks semalam. 

Dua tahun lalu, Medvedev menewaskan Alcaraz pada pusingan kedua di Wimbledon, namun ketika itu jaguh Sepanyol tersebut baru berusia 18 tahun dan cetek pengalaman.

Kini Alcaraz, 20, yang dianggap pengganti Nadal, pemain yang jauh lebih matang, malah sudah memiliki satu gelaran Grand Slam pada usia muda ­iaitu Terbuka AS 2022.

“Sejujurnya, melangkah ke separuh akhir sesuatu yang menakjubkan buat saya. Sejak mula bermain tenis, mencatat keputusan baik dalam kejohanan berprestij Wimbledon sentiasa menjadi impian saya.

“Mulanya saya gementar bermain suku akhir menentang Rune, dia sebaya saya dan pemain yang hebat. Tetapi anda perlu fokus dan tiada istilah kawan lagi di gelanggang pada masa itu,” kata Alcaraz. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya