Pertembungan dua pemain berbeza generasi

Pertembungan dua pemain berbeza generasi

CARlOS Alcaraz (kiri) memburu gelaran Wimbledon pertama ketika Djokovic mencari yang kelapan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pertarungan Carlos Alcaraz dan Novak Djo­kovic hari ini bakal tercatat sebagai antara final terhebat dalam sejarah tenis Wimbledon.

Kedua-dua pemain berada pada prestasi terbaik dengan ha­nya melepaskan dua set sepanjang kejohanan.

Lebih menarik, pemenang pertarungan juga akan menentukan siapa penakluk takhta No. 1 dunia.

Alcaraz yang 16 tahun lebih muda daripada Djokovic ketika ini mengungguli ranking teratas dunia.

Begitupun Djokovic, 36, akan merampas takhta jika berjaya menumpaskan bintang remaja sensasi Sepanyol itu

Semalam, Djokovic meneruskan misi memburu kejuaraan Wimbledon kelapan dengan menyingkirkan jaguh Itali, Jannik Sinner 6-3, 6-4, 7-6 (7/4).

Alcaraz pula melangkah ke final Wimbledon pertamanya selepas menumpaskan pilihan ketiga dari Russia, Daniil Medvedev 6-3, 6-3, 6-3.

Jika Djokovic turun untuk memburu gelaran Grand Slam ke-24, Alcaraz mencari trofi kedua selepas menjuarai Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu.

DJOKOVIC meneruskan misi memburu kejuaraan Wimbledon kelapan.

“Beraksi dalam final Wimbledon adalah sesuatu yang saya impikan sejak mula bermain tenis. Ia lebih baik apabila bermain menentang Novak.

“Ini pastinya detik yang amat beremosi buat saya, namun saya akan cuba bertenang.

“Bagi Novak, ia mungkin hanya satu lagi hari, satu lagi saat tetapi untuk saya, ia detik terbaik dalam hidup,” kata Alcaraz yang akan bekerjasama dengan pakar psikologi bagi mengelak rasa gugup seperti yang berlaku pada Terbuka Perancis bulan lalu.

Djokovic menewaskan Alca­raz 6-3, 5-7, 6-1, 6-1 pada separuh akhir Terbuka Perancis bulan lalu dalam pertemuan terakhir mereka.

Begitupun bintang Serbia itu kagum dengan kemajuan besar yang ditunjukkan Alcaraz, terutama di permukaan rumput.

“Dia amat muda tetapi sangat konsisten, malah bermain baik juga di atas permukaan rumput.

“Ramai tidak menjangkakan dia akan bermain baik kerana asas permainannya dibangunkan untuk gelanggang keras, tanah liat atau lebih perlahan.

“Dia berjaya menyesuaikan diri dengan tuntutan permukaan dan lawan yang akan ditentang,” kata bekas pemain No.1 dunia itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya