Penang Black Panthers juara Piala Cabaran

Penang Black Panthers juara Piala Cabaran

Pasukan penang Black Panthers muncul juara Piala Cabaran selepas menumpaskan Perak Bison di pentas akhir yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penang Black Panthers muncul juara Piala Cabaran apabila berjaya menumpaskan Perak Bison di pentas akhir yang berlangsung di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.

Pada aksi final, skuad Harimau Kumbang menampilkan aksi terbaik untuk menang 21-15, 21-16 ke atas Perak Bison yang masih segar dengan kejayaan muncul juara Liga Sepak Takraw (STL) musim ini.

Pada set pertama, trio Penang Black Panthers, Aekasit Naphom, Zaim Razali dan Zarif Merican Ibrahim Merican menampilkan aksi terbaik dan mendahului sejak awal permainan.

Aekasit juga membuktikan pemilihannya selaku perejam utama Penang Black Panther tepat apabila rejamannya banyak menyumbangkan mata untuk pasukan itu menang 21-15 pada set pertama.

Pada set kedua, trio Perak Bison Jakkrit Thinbanbong, Noraizat Nordin dan Aidil Aiman cuba melakukan kebangkitan namum, terpaksa akur tewas 21-16 untuk kemenangan berpihak kepada Penang Black Panther.

Dengan kemenangan itu. Penang Black Panthers membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM10,000 beserta piala manakala, Perak Bison membawa pulang RM5,000.

Dalam pada itu, KL Thunders dan PDRM Defenders berkongsi kedudukan ketiga bersama dan membawa pulang wang tunai RM2,500.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya