Pemain Melaka muncul juara golf amatur

Pemain Melaka muncul juara golf amatur

MUHAMMAD ADIF HAIKAL Md. Hazan menerima hadiah selaku juara disampaikan Mohd. Anwar Mohd. Nor di Kelab Golf Tiara & Country, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pemain kelahiran Melaka, Muhammad Adif Haikal Md. Hazan, 15, muncul juara pada aksi terakhir Kejohanan Golf Amatur Melaka Ke-53 di Kelab Golf Tiara & Country di sini, semalam.

Bagaimanapun, pemain skuad Sukan Malaysia (Sukma) negeri itu diheret hingga penentuan play-off sebelum dinobatkan juara selepas masing-masing terikat dengan 219 pukulan bersama rakan senegeri, Wan Hasnul Daniel Wan Omar, 18.

Pada permainan play-off lubang 18 lapangan Woodland Par-4, Muhammad Adif Haikal menang selepas membenam Birdie manakala Wan Hasnul Daniel pula sekadar mencatat Par.

Kemenangan buat juara SportExcel bawah 15 tahun tahun lalu di Kelab Golf Ayer Keroh & Country (AKCC) itu membawa pulang wang tunai RM1,500 dan piala pusingan.

Wan Hasnul Daniel pula menerima RM1,200 selaku naib juara manakala tempat ketiga menjadi milik Zia Iqmal Abdul Rashid mendapat RM900.

Muhammad Adif Haikal iaitu pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rambai berkata, ia adalah kemenangan pertamanya di kejohanan berkenaan.

“Ini adalah kemenangan paling bermakna kerana saya tidak bermain mengikut kategori umur. Saya juga ingin berterima kasih kepada Persatuan Golf Negeri Melaka (PGNM) yang banyak membantu saya sejak berkecimpung dalam sukan golf ketika berusia 10 tahun,” katanya ketika ditemui pemberita.

Hadiah disampaikan Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor. Hadir sama Naib Presiden MGA, Datuk Merina Gan dan Setiausaha Agung MGA, Datuk Zulkifli Ismail. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya