Pecutan Philipsen terlalu laju, lakar kemenangan keempat TdF

Pecutan Philipsen terlalu laju, lakar kemenangan keempat TdF

JASPER Philipsen mengungguli peringkat ke-11 Tour de France.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOULINS, Perancis: Jasper Philipsen mencatat kemenangan keempat daripada empat penamat pecutan untuk menjuarai peringkat ke-11, Tour de France (TdF) dari Clermont-Ferrand ke Moulins, awal pagi tadi.

Digelar ‘Jasper the Disaster’, pelumba Belgium itu kali ini tidak lagi bergantung kepada bantuan rakan senegara dan sepasukannya, Alpecin-Deceuninck Mathieu van der Poel.

Dia sebaliknya melakukan kayuhan sempurna untuk mengetepikan cabaran sengit pelumba Belanda, Dylan Groenewegen, manakala Phil Bauhaus dari Jerman di tempat ketiga.

Selepas tamat perlumbaan sejauh 180 kilometer (km), tiada perubahan dalam kedudukan keseluruhan dengan Jonas Vingegaard kekal menyarung jersi kuning selaku pendahulu sambil diekori 17 saat oleh Tadej Pogacar.

Begitupun, dalam saingan pecutan, Philipsen terlalu unggul dengan memegang kelebihan 100 mata untuk mengekalkan jersi hijau.

“Ia Jelajah yang luar biasa setakat ini. Saya tidak sedar betapa bagus semuanya berjalan dan amat bangga dengan prestasi saya.

“Berjaya memenangi peringkat pecutan empat kali berturut-turut membuatkan saya sangat gembira,” katanya.

Philipsen menguasai saingan pecut beramai-ramai pada edisi ke-110 TdF walaupun dua daripada tiga kejayaannya sebelum ini agak goyah dan perlu disahkan oleh komisar perlumbaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya