Pasukan TdF mahu saman peminat punca kemalangan

Pasukan TdF mahu saman peminat punca kemalangan

SEBAHAGIAN pelumba yang terbabit dalam kemalangan pada peringkat ke-15 Tour de France.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Beberapa pasukan utama Tour de France (Tdf) mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penonton yang menyebabkan kemalangan besar gara-gara berswafoto ketika perlumbaan berlangsung.

Peringkat ke-15 kelmarin menyaksikan pelumba Jumbo-Visma, Sepp Kuss terjatuh terlebih dahulu hingga menyebabkan kelompok besar peloton terlibat dengan pelanggaran sesama mereka dalam ruang amat sempit.

Biarpun tiada siapa me­ngalami kecederaan serius, namun perlumbaan itu merencatkan momentum Kuss dan rakan sepasukannya, Nathan van Hooydonck untuk merampas jersi kuning daripada Jonas ­Vingegaard.

“Ada penonton cuba rapat ke arah jalan raya. Semua berlaku dengan pantas dan ini sebahagian daripada perlumbaan, akan ada banyak orang.

“Sepatutnya perkara sebegitu tidak terjadi tetapi ini perlumbaan berbasikal lebuh raya terbesar di dunia dan ramai orang tidak tahu apa sebenarnya berlaku di sini.

“Jalan semakin sempit me­nuju ke pekan. Kami cuba memperlahankan peloton bagi membiarkan mereka di hadapan membuat pecahan dan malangnya, ada orang mahu mengambil gambar swafoto.

“Saya memang langsung tidak perasan mengenai perkara itu,” jelas Kuss yang hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian lengan dan lututnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya