Pak Arab buat Klopp 'sakit kepala'

Pak Arab buat Klopp ‘sakit kepala’

JORDAN Henderson (kiri) mahu bergabung dengan legenda Liverpool, Steven Gerrard yang kini menjadi pengurus Al Ettifaq.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kapten Liverpool, Jordan Henderson dilaporkan bersetuju untuk menerima ­tawaran kelab Arab Saudi, Al Ettifaq.

Bintang tengah England itu dikatakan telah mengadakan perbincangan dengan Jurgen Klopp semalam dan pengurus Reds tersebut telah diberi ‘lampu hijau’ kepadanya untuk berpindah.

Begitupun bukan hanya Henderson, 33, menjadi buruan kelab Liga Pro Arab, seorang lagi tonggak tengah Liverpool, Fabinho juga berada dalam radar pasukan negara itu.

Pemain Brazil berusia 29 tahun itu dikatakan menjadi buruan Al-Ittihad yang sedia menawarkan 40 juta pound (RM236.91 juta), sekali gus memaksa Klopp lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.

Menurut media England, Henderson bersetuju secara lisan untuk bergabung dengan bekas rakan sepasukannya, Steven Gerrard yang kini menjadi pengurus Al Ettifaq ­dengan ditawarkan gaji 700,000 pound (RM4.14 juta) seminggu selama tiga tahun.

FABINHO

“Sekarang bergantung kepada Liverpool dan Al Ettifaq untuk berbincang mengenai yuran, tiada peluang untuk membiarkan dia pergi secara percuma,” tulis wartawan perpindahan terkenal Itali, ­Fabrizio Romano.

Walaupun Henderson sudah bersetuju dengan syarat peri­badi, dia masih mempu­nyai kontrak dua tahun bersama Reds dan untuk itu, Al Ettifaq perlu membayar harga tertentu kepada Liverpool.

Setakat ini, Liverpool belum menerima tawaran daripada pihak Saudi, namun beberapa wartawan yang berpangkalan di Merseyside mendakwa, kelab itu mahukan harga 20 juta pound (RM119 juta) untuk kapten mereka.

“Liverpool akan mendapat bayaran dalam lingkungan 20 juta pound sekiranya pemain itu ingin meneruskan perpindahannya,” tulis wartawan Times yang terkenal, Paul Joyce.

Melissa Reddy dari Sky Sports turut melaporkan perkara sama, bahawa jumlah itu meliputi peranannya sebagai kapten kelab dan pemain antarabangsa England.

“Liverpool menjangkakan sekitar dua kali ganda bayaran 10 juta pound memandangkan baki dua tahun kontrak, statusnya sebagai kapten kelab dan pemain England.

“Penilaian Al-Ahli seba­nyak 30 juta pound (RM178 juta) terhadap Riyad Mahrez akan menjadi titik rujukan,” ­katanya.
Henderson menyertai Liverpool dari Sunderland pada 2011 dengan harga 16 juta pound (RM95 juta).

Dia telah membuat 492 penampilan, malah menjulang pelbagai trofi antaranya Liga Perdana ­Inggeris, Liga Juara-Juara, Piala FA dan Piala Dunia Kelab. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya