PETALING JAYA: Edisi pertama Kejohanan Hoki 5 sepasukan (s) Kebangsaan 2023 anjuran Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) melabuhkan tirainya pada hari ini dengan Pahang dinobatkan sebagai juara edisi sulung.
Aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil menyaksikan Pahang diberikan tentangan hebat oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pahang terlebih dahulu di hadapan pada babak pertama menerusi jaringan Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin pada minit ke lapan.
Aksi menjadi semakin rancak di babak kedua apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan Mohamad Sufian Marsom menyamakan kedudukan buat ATM.
Pahang bernasib baik apabila Tengku Nasrul Ikmal kembali meletakan Pahang di hadapan, sebelum Afif Azfar Salim dan Muhammad Nazrey Din meledak untuk pasukan ATM bagi mendahuluo 3-2.
Ismail Abu menjadi penyelamat untuk Pahang apabila meledak pada minit akhir perlawanan sekaligus mengheret perlawanan ke penalti shoot-out.
Kamrulzaman dan Muhammad Izham Azhar mudah menyumbat gol untuk Pahang, manakala ATM berputih mata apabila kedua-dua pukulan mereka di penalti shoot-out dinafikan penjaga gol Pahang, Muhammad Hamiz Amir untuk kemenangan 2-0.
Dalam aksi wanita pula, pasukan Selangor menafikan hasrat Pahang untuk muncul juara berganda apabila mencatatkan kemenangan dengan keputusan 3-2 di pentas final.
Pahang yang dibimbing Mohd Sabri Mohammad selesa di awal perlawanan apabila mendahului menerusi jaringan Nur Shazwani Zakaria pada minit kedua dan Dilan Nursyakira Najwa Nazari pada minit ke 13.
Bagaimanapun barisan anak buah Alam Syah Mohd Salim tidak berpuas asa dengan melakar kebangkitan bermula dengan jaringan Fatin Naimah Zaki pada minit ke 14 dan seminit kemudian giliran Aina Zafifah Razali meledak.
Fatin menjadi wira pasukanya apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 20 sekaligus menghadiahkan kemenangan untuk pasukan Selangor.