Norza letak jawatan Presiden BAM selepas tamat Olimpik 2024

Norza letak jawatan Presiden BAM selepas tamat Olimpik 2024

MOHAMAD NORZA ZAKARIA tidak lagi memegang jawatan dalam BAM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohamad Norza Zakaria hari ini mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebaik sahaja Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang media selepas Mesyuarat Ahli Majlis BAM 2023 kali kedua, di Bukit Kiara, sebentar tadi.

Beliau berkata, keputusan itu dilakukan bagi membolehkannya melakukan kerja-kerja di peringkat antarabangsa sebagai Presiden Kehormat Badminton Asia dan Ahli Lembaga Majlis Olimpik Asia (OCA).

Biarpun tugas mencari pengganti untuk menggalas jawatan itu bukan satu tugasan mudah, Norza tetap menegaskan bahawa beliau akan lakukan yang terbaik untuk mendapatkan individu yang sesuai bermula dalam tempoh setahun dari sekarang.

“Saya rasa sebagai sebuah organisasi yang baik, kita tidak meninggalkan jawatan secara mengejut. Jadi bagi saya, setahun adalah mencukupi untuk BAM mendapatkan pengganti yang layak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya