NFDP patut diletakkan di bawah FAM

NFDP patut diletakkan di bawah FAM

NFDP adalah program pembangunan bola sepak negara untuk jangka panjang. - IHSAN NFDP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Scott O Donell beranggapan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) wajar diletakkan di bawah kendalian badan induk itu.

Jelasnya, badan induk itu harus mengambil tanggungjawab membangunkan pemain memandangkan pemain yang dibangunkan bakal membarisi skuad kebangsaan pelbagai usia.

“Saya setuju (FAM kendalikan NFDP) kerana ketika ini program Akademi Mokhtar Dahari (AMD) memiliki potensi besar untuk B-12, B-13, B-14, B-15, B-16 dan B-17.

“Jadi saya rasa tidak masuk akal apabila badan induk bola sepak negara tidak ada kawalan terhadap program pembangunan.

“Jika FAM perlu mengambil tanggungjawab atas prestasi pasukan, kami perlu ada tanggungjawab untuk pembangunan juga,” katanya ketika ditemui selepas Kongres FAM ke-59 di Petaling Jaya hari ini.

SCOTT O’DONELL

Pada 18 Jun lalu, skuad Bawah 17 tahun (B-17) negara tersingkir seawal peringkat kumpulan dalam saingan Piala Asia B-17 selepas tewas 3-0 di tangan Thailand pada aksi kedua peringkat kumpulan A.

Kekalahan kedua berturut-turut itu menyaksikan skuad bimbingan Osmera Omaro terpaksa melupakan impian melangkah ke suku akhir Piala Asia B-17 selepas gagal mengutip sebarang mata menerusi dua perlawanan.

Impian mereka untuk menempah slot ke Piala Dunia B-17 tidak kesampaian memandangkan hanya empat pasukan terbaik di Piala Asia sahaja akan layak bersaing di kejohanan berkenaan.

Dalam masa sama, kegagalan itu juga merupakan rentetan daripada skuad B16 yang tewas 2-2 kepada Australia dalam Kejuaraan AFF, Oktober tahun lalu, menjadikan sasaran Malaysia untuk melangkah sekurang-kurangnya ke separuh akhir terpaksa dilupakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya