Nasib Misbun ibarat ‘telur di hujung tanduk’

Nasib Misbun ibarat ‘telur di hujung tanduk’

MISBUN SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Status Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Badminton Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek kini ibarat ‘telur di hujung tanduk’ susulan ­prestasi buruk pemain pada Kejohanan Remaja Asia (AJC) 2023 yang tamat di Jogjakarta hari ini.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengakui, ahli majlis sebulat suara tidak berpuas hati dengan keputusan yang menyaksikan Malaysia hanya layak ke suku akhir dan untuk itu, masa depan Misbun akan diumum minggu hadapan.

Katanya, BAM akan ­me­­nu­­­­buhkan satu jawatankuasa khas­ (task force) untuk ­mencari punca kegagalan skuad negara dan tindakan susulan yang harus diambil.

“Keputusan mengenai kejurulatihan akan dibuat minggu hadapan.

“Apabila kita lihat tahun lalu di Sepanyol, waktu itu ­prestasi pemain tidak memuaskan. Selepas itu kita berhubung dengan Misbun dan beliau mahu bawa perubahan dengan menghantar lebih ramai pemain ke kejohanan luar negara.

“Kita buat, dan kebanyakan pemain kita di ranking baik selepas beraksi di pentas antarabangsa. Banyak perkara dilakukan, namun keputusan AJC tetap menyedihkan.

“Ahli-ahli majlis telah berbincang dan kita lihat pemain berdepan masalah dengan negara-negara di kedudukan empat teratas dunia.

“Masalah kelajuan, intensiti, kekuatan mental, endurance, mereka gagal di peringkat tinggi walaupun menang kumpulan.

MOHAMAD NORZA ZAKARIA

Task force ini akan melihat pada pembangunan untuk ubah sistem (pemain remaja) bagi melahirkan pemain dan sekiranya ada pendapat yang baik, patut diambil kira kerana kita mahu hasilkan pemain berkelas dunia,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Dalam perkembangan sama, Norza turut mengakui prestasi pemain remaja dalam AJC tidak melambangkan tahap BAM sebagai penyedia atlet ­badminton berkelas lima bintang di Malaysia walaupun diberikan kelengkapan latihan dan penginapan.

“Dulu mereka di Sekolah Sukan Bukit Jalil, sekarang di tempat latihan bertaraf empat dan lima bintang.

“Begitupun keputusan itu tidak memberi gambaran terhadap tahap ‘bintang’ dengan fasiliti, kemudahan yang mereka terima di BAM,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya