Misbun tekad untuk terus lahirkan juara

Misbun tekad untuk terus lahirkan juara

MISBUN SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Misbun Sidek berikrar akan terus membantu membangunkan pemain berbakat biarpun tidak lagi bersama skuad kebangsaan.

Semalam, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan kontrak Misbun sebagai jurulatih perseorangan remaja ditamatkan awal atas persetujuan bersama kerana kemerosotan prestasi pemain negara.

Timbalan Presiden BAM, Datuk V.Subramaniam berkata, memutuskan ikatan dengan jurulatih berusia 63 tahun itu bukan mudah, namun Misbun gagal menghadirkan keputusan memberangsangkan, terutama pada Kejohanan Remaja Asia di Jogjakarta bulan ini.

Sebelum ini, keputusan buruk turut dicatat pada Kejohanan Remaja Dunia 2022 di Sepanyol, di mana tiada wakil negara mara ke suku akhir dalam saingan individu dan berpasukan.

“Ia enam tahun yang amat baik, dan saya menikmati setiap detik di akademi dan ­bekerja dengan pemain.

Saya berterima kasih kepada BAM dan presiden Tan Sri Norza Zakaria atas peluang itu.

“Badminton mengalir dalam nadi saya, dan saya akan terus menyumbang untuk meningkatkan badminton di negara kita selagi saya boleh,” kata Misbun.

Misbun akan meninggalkan skuad kebangsaan buat kali kedua selepas menyertai semula pada pertengahan 2017 sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki untuk pasukan senior.

Sementara itu, Subramaniam, menegaskan Misbun bukanlah seorang yang gagal tetapi mereka perlu melakukan perubahan.

Ketika ditanya apakah Misbun tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan zaman, ­Subramaniam menolak perkara itu.

“Bukan begitu. Misbun ikon dan jurulatih yang baik.

“Selama bertahun-tahun, dia telah membangunkan pemain seperti (Datuk Lee) Chong Wei, Hafiz Hashim, dan Roslin Hashim.

Kita tidak boleh mengatakan dia tidak melakukan tugas ­dengan baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya