Misbun sah berpisah dengan BAM - Utusan Malaysia

Misbun sah berpisah dengan BAM

MISBUN SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek sekali lagi berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkuatkuasa hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam menerusi satu sidang media khas yang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara sebentar tadi.

Keputusan ini dibuat selepas BAM menerusi Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan Subra mengadakan mesyuarat khas pada Rabu lalu bersama kesemua jurulatih dan pemain skuad remaja negara.

“Satu keputusan telah dibuat dan Datuk Misbun telah bersetuju untuk berpisah dengan BAM,” jelas Subra.

Misbun, 63 tahun telah mencapai persetujuan dengan BAM untuk menamatkan kontraknya yang sepatutnya berakhir pada Disember sebagai mengambil tanggungjawab kegagalan skuad badminton negara di Kejohanan Badminton Remaja Asia yang berlangsung di Jogjakarta, Indonesia awal bulan ini.

Skuad negara terkandas di peringkat suku akhir di saingan berpasukan campuran, sementara tiada satu wakil negara berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara individu.

Ia merupakan kegagalan kedua skuad remaja negara di bawah kendalian Misbun selepas prestasi kurang memberangsangkan ditampilkan ketika menyertai Kejohanan Badminton Remaja Dunia yang berlangsung di Santander, Sepanyol tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya