Misbun kecewa Malaysia mudah diratah Thailand

Misbun kecewa Malaysia mudah diratah Thailand

MISBUN SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih perseorangan remaja negara, Datuk Misbun Sidek kecewa selepas anak buahnya tersingkir daripada suku akhir acara berpasukan campuran Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2023 di Jogjakarta, Indonesia hari ini.

Malaysia yang memenangi kesemua tiga perlawanan di peringkat kumpulan gagal menampilkan prestasi sama ketika berdepan penyandang juara, Thailand di peringkat suku akhir apabila tewas 0-3.

Paling mengecewakan, dua orang anak buahnya, Eogene Ewe dalam acara perseorangan lelaki serta Ung Yi Xing dalam perseorangan wanita beraksi di bawah prestasi sebenar apabila tewas kepada lawan masing-masing.

Eogene tewas kepada Wongsup Wongsup-in 21-17, 17-21, 17-21 selepas bertarung selama 57 minit, manakala  Yi Xing gagal untuk menyaingi Saraporn Sombutwatthannanukool dengan keputusan 15-21, 9-21.

Perseorangan lelaki remaja negara, Eogene Ewe tewas kepada Wongsup Wongsup-in 21-17, 17-21, 17-21 dalam suku akhir acara berpasukan campuran Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2023 yang berlangsung di Jogjakarta, Indonesia hari ini. (FOTO: IHSAN BAM)

Terdahulu, beregu lelaki muda negara, Low Han Chen-Chong Jie Yu akur tunduk kepada pasangan Thailand, Tanakorn Meechai-Fungfa Korpthammakit dengan keputusan 20-22, 16-21.

“Kami mengharapkan Eogene untuk memenangi mata buat pasukan, tetapi lawannya mempamerkan perlawanan yang lebih bagus. 

“Strategi kami untuk menurunkan Ung Yi Xing pula disebabkan kita menjangkakan Thailand akan menurunkan perseorangan wanita terbaik mereka kerana rekod sebelum ini memihak kepada Yi Xing.

“Tetapi Thailand meletakkan pemain perseorangan wanita kedua mereka pula dan ia menjadi perlawanan 50-50 kerana kedua-dua pemain ini tidak pernah bertemu sebelum ini. Tambahan sebelum ini, Yi Xing bermain dengan baik di peringkat kumpulan,” jelasnya.

Situasi ini meletakkan Misbun dalam situasi cukup genting memandangkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah pun memberi kata dua terhadap pengendali berusia 63 tahun ini untuk memperbaiki kedudukan skuad muda negara susulan kegagalan tahun lalu di Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Santander, Sepanyol.

“Realitinya, para pemain tidak mencapai tahap permainan yang diharapkan. Kekalahan ini sesuatu yang mengecewakan. Kami ingat kami mampu untuk memberikan saingan sengit buat Thailand berdasarkan aksi kami di peringkat kumpulan,” tambah Misbun.

Malaysia berpeluang menebus kekecewaan ini apabila acara individu bakal membuka tirai pada Rabu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya