Messi, Ronaldo pemain bola sepak paling kaya 2023

Messi, Ronaldo pemain bola sepak paling kaya 2023

LIONEL Messi dan Cristiano Ronaldo memegang gelaran pemain bola sepak paling kaya di dunia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMAIN bola sepak antara ­atlet terkaya dunia, dan po­pulariti sukan itu telah membantu mereka meraih pendapatan luar biasa.
Kontrak bernilai jutaan ringgit, yuran perpindahan, hadiah kemenangan dan diburu jenama antarabangsa gabungan yang menjadikan mereka amat kaya.
Bukan sahaja menerima gaji besar, malah pemain juga mendapat bahagian daripada yuran perpindahan, selain ­tawaran penajaan yang ­sangat banyak.
Selain bakat yang hebat, personaliti pemain turut membantu mereka menerima peluang sokongan seperti kerjasama dengan jenama mewah, syarikat ­korporat, pakaian dan banyak lagi.
Berikut tujuh pemain dan bekas pemain bola sepak yang meraih pendapat bersih paling tinggi sepanjang 2023.

LIONEL MESSI
AS$600 juta (RM2.8 bilion)

MESSI melengkapkan karier bola sepaknya yang gemilang pada 2022 apabila membantu Argentina merangkul Piala Dunia.

Dia antara pemain paling banyak menghias sejarah bola sepak dan itu membantunya meraih tawaran lumayan daripada jenama ikonik seperti Adidas serta Pepsi.

Bekas bintang Barcelona dan Paris Saint-Germain berusia 36 tahun itu juga antara penerima gaji tertinggi dalam bola sepak. Dia yang bakal menyertai kelab Amerika Syarikat, Inter Miami memiliki nilai bersih AS$600.

CRISTIANO RONALDO
AS$500 juta (RM2.33 bilion)

NILAI bersih Ronaldo, 38, dianggarkan sekitar AS$500 juta. Sebahagian besar pendapatannya diperoleh menerusi kehebatannya sebagai pemain bola sepak, menerima gaji tinggi sama ada ketika beraksi di Eropah mahu pun kelab baharunya di Arab Saudi, Al-Nassr.

Bintang Portugal itu juga menjadi ‘wajah’ jenama terkemuka seperti Nike, Tag Heuer dan Clear, malah menambah kekayaan dengan melabur dalam pelbagai perniagaan seperti hotel serta rangkaian pakaian.

DAVID BECKHAM
AS$450 juta (RM2.1 bilion)

BECKHAM antara superstar global terbesar pernah dihasilkan oleh bola sepak. Dia menjadi amat popular kerana bakat hebat bersama England serta Manchester United, selain ketampanannya.

Tidak hairanlah pada usia yang kini menginjak 48 tahun, Beckham masih menjadi ‘wajah’ jenama besar seperti H&M, Tudor, Haig Whisky, Armani dan Breitling.

Dia juga pemilik bersama kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS) AS, Inter Miami dan dianggarkan mempunyai nilai bersih sekitar AS$450 juta.

DAVE WHELAN
AS$210 juta (RM982 juta)

JUTAWAN Britain, Dave Whelan meraih kekayaan melalui perniagaan. Dia tidak terlalu menyerlah dalam bola sepak, hanya beraksi selama 10 tahun sebagai bek kiri Blackburn Rovers dan Crewe Alexandra.

Begitupun bekas pemilik dan pengerusi Wigan Athletic itu menjadi kaya kerana menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan sukan seperti peruncitan barangan sukan, menghasilkan jersi serta pakaian sukan, selain membina rangkaian kedai di seluruh England.

NEYMAR
AS$200 juta (RM935 juta)

NEYMAR antara pemain bola sepak paling popular dekad ini. Bintang Brazil itu seorang penyerang yang memiliki teknikal serta kreativiti tinggi, dan kini bermain untuk kelab Perancis, Paris Saint-Germain.

Dengan bakat yang dimiliki, wajah yang tampan dan personalitinya yang menarik, Neymar, 31, menjadi ‘wajah’ Puma, Qatar Airways, Epic games, Red Bull dan Triller, sekali gus membolehkan dia meraih pendapatan bersih AS$200 juta.

ZLATAN IBRAHIMOVIC
AS$190 juta (RM890 juta)

IBRAHIMOVIC yang baru mengumumkan persaraan awal tahun ini, suatu ketika dulu pernah menjadi ‘singa’ dan antara penyerang paling digeruni dalam bola sepak moden.

Ikon Sweden berusia 41 tahun itu mempunyai ramai peminat bukan sahaja kerana pencapaiannya dalam bola sepak tetapi juga personalitinya yang berkarisma. Dia bekerjasama dengan jenama besar seperti Volvo, Nike dan H&M untuk meraih pendapatan bersih AS$190 juta.

KYLIAN MBAPPE
AS180 juta (RM842 juta)

BARU berusia 24 tahun, Mbappe sudah memiliki karier bola sepak yang menakjubkan dan antara pemain paling digeruni kerana penguasaan bola, kelincahan larian serta bakat hebat.

Bintang Perancis dan Paris Saint-Germain itu dianggarkan bernilai AS$180 juta hasil menjadi juta jenama terkemuka seperti Nike, Oakley dan Hublot, selain menerima gaji tinggi daripada kelab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya