Manzoor 'terkejut' Kelantan bangkit, dakwa Penang FC menang

Manzoor ‘terkejut’ Kelantan bangkit, dakwa Penang FC menang nasib

MANZOOR AZWIRA ABDUL WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Pengendali Penang FC, Manzoor Azwira Abdul Wahid menyifatkan kemampuan Kelantan FC untuk menyamakan kedudukan 3-3 walaupun ketinggalan dengan dua gol sebelum itu sebagai sesuatu yang agak ‘mengejutkan’.

Kata Manzoor, situasi itu tidak sepatutnya berlaku, namun, beliau bersyukur kerana anak-anak buahnya berjaya bangkit pada 10 minit terakhir perlawanan untuk menjaringkan gol kemenangan.

“Mungkin kerana faktor cuaca (menyebabkan para pemain hilang fokus). Tapi, ia tidak sepatutnya berlaku. KL (Kuala Lumpur FC) dalam perlawanan semalam (Jumaat) juga macam kita. ‘Leading’ (mendahului) 3-1 sebelum Terengganu ‘ligan’ jadi 3-3.

“Bezanya, kita lebih bernasib baik kerana berjaya menjaringkan gol kemenangan dan mendapat tiga mata malam ini (semalam),” kata beliau.

Dalam perlawanan itu, pemain gantian, Muhammad Alif Ikmalrizal Anuar muncul wira Penang FC apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-84 sekaligus membolehkan skuad Harimau Kumbang kembali berada di landasan kemenangan selepas gagal berbuat demikian sejak menang ke atas Kuching FC 2-1 di laman sendiri pada 27 April lalu.

Dalam pada itu, Manzoor menyifatkan ‘hero’ Penang FC iaitu Muhammad Alif Ikmalrizal sebagai seorang pemain muda yang berpotensi untuk terus digilap pada masa depan.

“Kita beri peluang kepada dia (untuk bermain) dan Ikmal ambil peluang itu. (Jaringan tersebut) baik untuk dia tambah keyakinan selepas ini dan baik juga untuk pasukan pastinya,” kata beliau.

Jelas Manzoor, bertemu Selangor dalam aksi seterusnya Sabtu depan bagaimanapun menuntut anak-anak buahnya mempamerkan aksi lebih kemas dan bertenaga.

“Selangor ini pasukan yang berpengalaman dan ada kualiti. Namun, berdasarkan aksi pusingan pertama sebelum ini, kita akan beraksi dengan baik apabial berdepan pasukan yang berkualiti dan berpengalaman.

“Apa yang penting ialah pemain kena skor dan jangan bolos,” ujar Manzoor-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya