Mandy hadiahkan pingat pertama Malaysia dalam Universiade

Mandy hadiahkan pingat pertama Malaysia dalam Universiade

MANDY Cebelle Chen
MANDY Cebelle Chen bersama pingat gangsa yang dimenangi dalam acara wusyu di Universiade Chengdu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHENGDU, China: Malaysia membuka kempen Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu dengan langkah kanan apabila memenangi pingat gangsa dalam saingan wusyu Tajiquan wanita menerusi Mandy Cebelle Chen hari ini.

Mandy memungut 9.633 mata untuk menamatkan saingan di tangga ketiga, di belakang peserta tuan rumah, Chen Xiaoli (9.783 mata), diikuti pingat perak milik Shoji Rise dari Jepun yang mengumpul 9.680 mata.

“Saya berharap ini juga boleh menjadi rangsangan motivasi kepada semua atlet Malaysia lain yang bertanding dalam Sukan Universiti Dunia FISU, kita semua telah berlatih bersungguh-sungguh untuk ini dan saya percaya bahawa setiap daripada kita boleh memberikan yang terbaik,” kata Mandy.

Kejayaan Mandy menebus kehampaan Calvin Lee yang gagal membutirkan pingat dalam saingan Nanquan lelaki yang menjadi acara pembukaan hari ini.

Calvin yang juga pemenang pingat perak pada Universiade 2017 di Taiwan memungut 9.333 mata untuk menduduki tempat keenam keseluruhan.

China meraih emas menerusi Cao Maoyuan dengan 9.770 mata diikuti Lau Chi Lung dari Hong Kong yang memungut perak dengan 9.570 mata, manakala gangsa milik Shahin Banitalebi dari Iran dengan 9.566 mata.

Sandaran Malaysia kepada Ang Qi Yue juga tidak kesampaian apabila sekadar menduduki tempat ketujuh menerusi acara Changquan lelaki dengan mata 9.523.

China menyapu pingat emas acara ini menerusi Jin Zhedian yang mendapat 9.723 mata.

Juara dunia dari Indonesia, Marvel Edgar Xavier perak dengan 9.716 mata manakala Chen Yue Xi dari Taipeh pingat gangsa dengan 9.706 mata.

Cabaran Malaysia menerusi acara menembak 10 meter Air Pistol Wanita juga berakhir hari ini apabila skuad dibarisi Nurul Syasya Nadiah, Anis Ayuni dan Dina Batrisyi menduduki tempat kelima daripada 12 pasukan.

Ketiga-tiga penembak juga gagal berada pada kedudukan terbaik dalam acara individu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya