Mampukah Malaysia tamatkan penantian 38 tahun?

Mampukah Malaysia tamatkan penantian 38 tahun?

U. THANUSSA (kanan) berjaya melepasi halangan Emma Trauber pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Dunia 2023 di Melbourne, Australia, semalam. - Ihsan WSF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mampukah Malaysia melakar kejutan ke atas Mesir dan menamatkan penantian untuk bergelar juara kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Dunia buat kali pertama hari ini?

Itu misi utama pemain muda negara di Melbourne, Australia selepas mendapat satu lagi peluang untuk memenangi kejua_raan yang tidak pernah diraih selama ini selepas menyingkirkan Amerika Syarikat (AS) 2-0 pada separuh akhir semalam.

Sejak kejohanan diperkenalkan pada 1985, Malaysia pernah bergelar naib juara empat kali pada 2001, 2007, 2017 dan 2019, dengan tiga daripada perlawanan akhir tersebut mereka tewas kepada Mesir, manakala sekali tumpas di tangan England (2001).

Dalam separuh akhir semalam, perseorangan ketiga Malaysia, U. Thanussa terlebih dahulu masuk ke gelanggang dan diberi tentangan sengit sebelum meletakkan Malaysia mendahului 1-0 dengan menewaskan Emma Trauber 11-9, 11-8, 16-14 dalam masa 38 minit.

Sejurus selepas itu, Aira Azman mencemaskan kem negara seketika apabila hampir dikejutkan Caroline Fouts setelah tumpas dalam dua set awal.

AIRA Azman meraikan kejayaan mengutip mata kemenangan Malaysia.

Begitupun, Aira yang baru muncul naib juara individu remaja dunia mempamer semangat juang tinggi apabila menang 9-11, 11-13, 11-6, 11-3, 11-7 dalam masa 48 minit ke atas Fouts.

Kemenangan Aira memboleh­kan Malaysia mara ke final buat kali ketiga berturut-turut dan akan bertemu Mesir yang me­ngalahkan England 2-0 dalam satu lagi separuh akhir.

Jurulatih skuasy negara, Andrew Cross berkata, anak-anak buahnya telah bermain dengan baik dan seperti yang diramal, perlawanan menentang AS berlangsung sengit.

“Thanussa bermain dengan baik, malah lebih bagus daripada semalam.

“Semangat juang yang ditunjukkannya apabila tidak mudah berputus asa menyaksikan dia bangkit dan berjaya menyelamatkan lapan mata akhir sebelum menang 16-14,” katanya.

Ketika ditanya mengenai cabaran Mesir, jurulatih kelahiran England itu berkata, ia bukan tugas mudah berdepan juara bertahan.

“Saya hanya mahu para ­pemain memberikan segala-galanya yang mereka mampu kerana kita telah banyak kali bertemu Mesir dalam perlawanan akhir,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya