PETALING JAYA: Selepas kalah dalam perlawanan akhir antara regu, Selasa lalu, Malaysia sekali lagi bertemu musuh tradisi, Thailand di final Kejohanan Sepaktaktaw Piala Raja Thailand kali ini untuk acara berpasukan lelaki.
Anak-anak buah Ahmad Jais Baharun mengesahkan tiket ke perlawanan akhir selepas menumbangkan Myanmar 2-0 pada separuh akhir di Bangkok hari ini.
Regu pertama negara yang diperkuatkan oleh Mohamad Azlan Alias, Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican dan Farhan Adam tidak menghadapi masalah untuk menang 21-7, 21-14.
Gandingan Muhammad Syahir Rosdi, Khairol Zaman Hamir Akhbar dan Amirul Zazwan Amir mengesahkan kemenangan pasukan negara dengan menang 21-16, 21-12.
Sementara itu, dalam satu lagi separuh akhir, Thailand tidak berdepan masalah menyingkirkan Korea Selatan juga dnegan keputusan 2-0. Pertarungan final esok akan berlangsung pada pukul 2 petang waktu tempatan. – UTUSAN ONLINE