Malaysia sedia gempur Thailand di suku akhir BAJC 2023

Malaysia sedia gempur Thailand di suku akhir BAJC 2023

Skuad muda badminton negara bakal membuat perhitungan dengan penyandang juara, Thailand di peringkat suku akhir acara berpasukan campuran di Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) di Jogjakarta, Indonesia esok. (FOTO: BADMINTON ASIA)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad badminton muda negara tidak gentar apabila diundi dengan penyandang juara, Thailand menjelang aksi suku akhir berpasukan campuran Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2023 di Jogjakarta, Indonesia esok.

Malaysia dalam momentum yang baik apabila mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Kumpulan C selepas membenam ketiga-tiga lawan, Hong Kong, Bangladesh dan India dengan keputusan 5-0 untuk bergelar sebagai juara kumpulan.

Bagi Penolong Pengarah Pembangunan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Joanne Quay yang juga pengurus pasukan, dia tetap memandang positif dengan undian ini dan menaruh harapan tinggi Malaysia mampu lolos ke peringkat separuh akhir.

“Ia undian yang baik dan apa yang paling penting sekarang adalah pemain memberikan sepenuh fokus untuk aksi menentang Thailand di suku akhir nanti. Kami tidak mahu fikir terlalu jauh, hanya fokus satu demi satu perlawanan.

“Semua pemain berada pada tahap terbaik selain bijak menyesuaikan diri dengan keadaan di dalam gelanggang biarpun berdepan dengan angin yang kuat,” jelas Joanne.

Ketika edisi 2019 yang berlangsung di Suzhou, China, pasukan Thailand mencipta kejutan untuk muncul juara berpasukan campuran buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia di pentas akhir.

Sementara Malaysia pula alami igauan buruk dalam edisi yang sama apabila terkandas di peringkat kumpulan selepas tewas kepada Jepun dan Indonesia.

Kejohanan ini terpaksa ditangguhkan selama tiga tahun dari tahun 2020 sehingga 2022 gara penularan wabak Covid-19.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya