MAKAF umum enam atlet ke Sukan Asia Hangzhou

MAKAF umum enam atlet ke Sukan Asia Hangzhou

NUR AZMI Ahmad mengadakan sidang akhbar mengumumkan senarai enam atlet karate negara ke Sukan Asia Hangzhou, China di MITC, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) mengumumkan senarai enam atlet yang akan memikul cabaran negara pada temasya Sukan Asia di Hangzhou, China dari 23 September hingga 8 Oktober ini.

Presidennya, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, enam atlet dipilih terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita bertanding dalam Acara Kumite mengikut kategori masing-masing.

Menurutnya, atlet lelaki yang dipilih ialah Muhammad Arif Afifuddin, H. Sureeya Shankar, S. Prem Kumar dan R. Sharmendran. Dua lagi atlet wanita yang menjadi sandaran MAKAF ialah P. Madhuri dan C. Shahmalarani.

“MAKAF mensasarkan hanya satu pingat emas pada Sukan Asia di Hangzhou September ini dan sasaran ini adalah realistik setidak-tidaknya.

“Persiapan rapi akan dilakukan untuk enam atlet karate negara yang terpilih bagi menjalani latihan di Maghribi, Tunisia dan sebuah negara di Eropah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kejohanan Karate Asia Ke-19 berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, semalam.

Tambah Nur Azmi, skuad karate negara mempunyai tempoh dua bulan dalam membuat persiapan rapi bagi persediaan mengharungi cabaran getir berkenaan.

Menurutnya, MAKAF berkemungkinan akan membuat perubahan kategori atlet yang bertanding mengikut kesesuaian acara dipertandingkan nanti.

“Perubahan itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal selepas menilai prestasi kesemua 16 atlet karate negara yang bertanding di Kejohanan Karate Asia Ke-19 yang sedang berlangsung di MITC,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya