Maguire bukan lagi kapten United

Maguire bukan lagi kapten United

HARRY Maguire sebelum ini tiada dalam perancangan Erik Ten Hag di United.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Harry Maguire secara rasmi akan kehilangan lilitan lengan sebagai kapten di Manchester United biarpun dia kekal bersama kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu musim depan.

Perbincangan tentang siapa kapten baharu The Red Devils akan diadakan pada minggu ini, musim lalu, Maguire kekal sebagai kapten kelab, walaupun hanya bermula dalam lapan perlawanan EPL musim lalu.

Pengurus United, Erik Ten Hag akan berbincang dengan pemainnya dalam beberapa hari akan datang bagi mendapatkan pandangan mereka tentang pemain mana yang layan memainkan peranan sebagai kapten.

Antara calon terbaik untuk mengisi tempat berkenaan ialah Bruno Fernandes, iaitu ketua pasukan bagi baki saingan EPL musim lalu yang dilihat akan diberi peranan sepenuh masa kali ini.

Maguire, 30, berada di belakang Lisandro Martinez, Raphael Varane, Victor Lindelof dan Luke Shaw dalam senarai hirarki pemain pertahanan ketika ini dan dia juga kurang disenangi oleh peminat.

Tawaran terhadapnya agak terhad namun kenaikan gaji disebabkan United kembali ke kancah Liga Juara-Juara menyebabkan banyak kelab yang tidak berminat.

Ada minat dipamerkan West Ham sebelum ini namun, perpindahan secara pinjaman ditolak pada Januari lalu manakala Spurs dan Newcastle turut dikaitkan dengan bidaan.

United perlu menjual pemain untuk menjana lebih banyak pembelian besar susulan kehadiran Mason Mount dengan harga 55 juta pound (RM329 juta) dan dengan kemelut pemilikan kelab menjejaskan perancangan Ten Hag.

Maguire mempunyai baki dua tahun dalam kontraknya tetapi menyedari tempatnya dalam pasukan England berisiko jika dia terkeluar daripada skuad utama.

United mesti berdepan hakikat kerugian besar selepas membelinya dari Leicester dengan harga 85 juta pound (RM509 juta) pada 2019.

Jika mereka menemui pembeli sekalipun, kelab itu mungkin terpaksa membayar kepada pertahanan tengah itu untuk mengimbangi sebarang pemotongan gajinya yang bernilai hampir 200,000 pound (RM1.19 juta) seminggu.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya